EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Dr Zulkifli Ucap Tahniah Kepada Kabinet Baharu, Tweet Bekas Menteri Agama Buat Ramai Sayu

0 month ago, 27-Aug-2021

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yakin dengan barisan Kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Dalam satu kenyataan di laman Twitter, beliau mengucapkan tahniah kepada semua menteri dan timbalan menteri yang dilantik.

Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Timbalan Menterinya, Datuk Ahmad Marzuk Shaary, katanya.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT. Barisan Kabinet baru telah pun diumumkan oleh YAB PM.

Tahniah saya ucapkan kepada semua barisan Kabinet, khususnya kepada YB Senator Tuan Haji @ustaz_idris selaku Menteri Agama dan YB Datuk @Marzuk_Shaary selaku Timbalan Menteri. pic.twitter.com/9VuYzAzNFg

???????? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 27, 2021

Dalam kenyataan itu juga, Zulkifli memoh0n maaf jika pernah mengguris mana-mana pihak yang pernah bekerja rapat ketika beliau menjawat jawatan itu.

Moh0n maaf kepada semua barisan agensi-agensi agama peringkat Persekutuan di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri andai ada yang saya terkasar bahasa sepanjang kita sama-sama bekerja.

Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era pandemik C0VID-19, katanya.

Doa saya moga negara yang kita cintai ini terus makmur, maju dan bangkit kembali pada era endemik COVID-19.

SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Ahli Dewan Negara
Ahli The Council of Muslim Elders, UAE
Ahli The Assembly of Muslim Jurists of America, USA

???????? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) August 27, 2021

Menerusi ruangan komen rata rata warganet meluahkan rasa sayu terhadap ucapan Dr Zulkifli dan berterima kasih di atas khidmatnya sebagai Menteri Agama. – dipetik dari Xtra, Twitter Dr Zulkifli

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! [email protected]Mytv Viral



SUMBER : mytvviral.com



Live Website Traffic


loading...