EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Dr Zulkifli pilih kedai hipster gunting rambut, imej tanpa kopiah curi tumpuan warganet

0 month ago, 17-Sep-2020

SINARPLUS percaya rata-rata dalam kalangan warganet pasti mengenali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang juga merupakan mufti pertama di Malaysia yang dilantik sebagai menteri.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.

Imej beliau juga sangat bersahaja yang mana Dr Zulkifli sering dilihat tampil dengan mengenakan busana jubah dan berkopiah seumpama pakaian tersebut menjadi unifom rasmi beliau.

Namun, baru-baru ini beliau meraih perhatian warganet apabila memilih kedai gunting rambut hipster milik penyanyi rap tempatan, Joe Flizzow untuk memotong rambutnya.

Ya! Bukan mudah nak lihat Dr Zulkifli tampil tanpa berkopiah. Nampak 20 tahun lebih muda guys.

Dr Zulkifli menerusi laman sosial Twitter miliknya telah memuat naik sekeping foto ketika beliau menggunakan perkhidmatan mengunting rambut di Joes Barbershop cawangan Nilai, Negeri Sembilan untuk tatapan umum.

Menurut beliau, kejayaan demi kejayaan anak muda Muslim dalam pelbagai bidang yang mereka ceburi membuatkan dirinya bangga.

Malah, Dr Zul turut menyenaraikan beberapa badan kerajaan yang meyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca Covid-19.

Saya amat berbangga melihat kejayaan anak muda Muslim dalam apa jua lapangan kerjaya yang diceburi.

Kerajaan melalui agensi-agensi agama di bawah @[emailprotected],@YaPEIM_Official, Yayasan Waqaf Malaysia dan @TVAlhijrah telah menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu anak muda asnaf dan B40 dalam memulakan dan meneruskan perniagaan pasca Covid-19, tulisnya.

Sesekali cuba kedai gunting rambut hipster. Terima kasih Joes Barbeshop Nilai. pic.twitter.com/5Fy0yzCqvl

???????? Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) September 14, 2020

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 5,200 ulang kicau dan 20,400 tanda suka daripada warga Twitter.

Posting tersebut mendapat maklum balas daripada tukang gunting rambut dikenali sebagai Afifi yang turut mengucapkan terima kasih selain berharap dapat bertemu lagi dengan Dr Zulkifli.

Melalui foto yang dikongsi, Dr Zulkifli kelihatan cukup relaks dan bersahaja sambil rambutnya dirapikan. Fesyen rambut gaya apa agaknya yang barber ni gunting untuk YB kita ni ye?

Post Views: 1


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...