www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Zidane kejutkan Real Madrid dari tidur!

0 month ago, 17-Mar-2019


Kepulangan semula Zinedine Zidane ke Real Madrid bermula dengan langkah kanan apabila membantu Los Blancos menang ke atas Celta Vigo 2-0.

Kemenangan itu bukan sahaja menghentikan badi kekalahan Real, bahkan ia juga membuatkan peluang kelab gergasi Sepanyol itu merampas kedudukan kedua La Liga semakin cerah selepas Atletico Madrid tewas mengejut kepada Athletic Bilbao.

Aksi di Santiago Bernabeu itu juga menyaksikan Zidane melakukan rombakan dengan meletakkan Marcelo, Isco dan Gareth Bale yang sering disisihkan sebelum ini dalam kesebelasan utama pasukan.

Mengulas percaturan berbezanya itu berbanding pengurus terdahulu, Santiago Solari, Zidane berkata pemain-pemain yang menjadi pilihannya banyak memberikan sumbangan besar kepada kelab sebelum ini.

“Tiada siapa boleh memadamkan apa yang telah dilakukan pemain-pemain ini suatu masa dahulu. Jadi, saya akan terus menagih sentuh mereka dan semua pemain lain.

“Sejak kembali semula ke sini, prinsip saya mudah sahaja. Saya bercakap kepada semua pemain agar menikmati perlawanan dan bermain bersama dalam satu pasukan. Bila pemain melakukan seperti itu, kami dapat menikmati kemenangan seperti malam ini,” katanya.

Aksi tersebut juga menyaksikan Zidane turut menukar penjaga gawang utama Real dengan merehatkan Thibaut Cortois dan kembali mempertaruhkan Keylor Navas sebagai benteng terakhir pasukan.

Mengulas sama ada beliau akan terus mengenepikan Cortois, Zidane berkata itu bergantung kepada lawan yang bakal dihadapi merela dalam 10 perlawanan liga selepas ini.

“Ada 10 perlawanan lagi. Hari ini Keylor beraksi untuk kami, di hari lain mungkin boleh jadi waktu untuk Thibaut. Kelab seperti Real Madrid memerlukan dua atau tiga penjaga gol yang hebat. Kita lihat apa yang berlaku tahun depan,” katanya.

Zidane kejutkan Real Madrid dari tidur…! Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts