EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

BCL ziarah pusara Ashraf sebelum Jakarta laksana separa lockdown

0 month ago, 14-Sep-2020

Penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari (BCL) mengambil peluang menziarahi pusara suaminya, Allahyarham Ashraf Sinclair kelmarin.

Ini berikutan kerajaan Indonesia kembali melaksanakan sekatan pergerakan separa (partial lockdown) atau Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) di Jakarta mulai hari ini.

Ibu kepada BCL, Emmy Syarif berkongsi perkara tersebut di laman Instagram dengan memuat naik beberapa keping gambar mereka di pusara Allahyarham di San Diego Hills.

#Alfatihah utk dady Ash#menjelang psbb#, tulisnya ringkas.

Tidak lupa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, mereka hadir lengkap dengan mengenakan pelitup muka dan face shield.

Memetik laporan Tribunnews, BCL sering mengunjungi pusara suaminya sejak Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu akibat penyakit jantung.

: Emmy Syarif , Tribun News


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...