EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ziana Zain mahu jadi ibu, usahawan sukses

32 month ago, 23-Mar-2017

HAMPIR tiga dekad dalam dunia seni, Ziana Zain atau nama lengkapnya, Siti Roziana Zain ini kekal berada dalam liganya yang tersendiri.

Datanglah seramai mana pun pendatang baru, namun penghibur yang yang satu ini terus kekal diingati dan dihormati.

Mengakui bukan mudah untuk terus mengekalkan momentum tersebut, Ziana memberitahu MH, dia berterima kasih kepada peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan kerjayanya.



Bagi Ziana, tiada apa lebih membahagiakan dirinya selain dapat melakukan apa diminatinya, berkat restu ibu bapa, keluarga dan peminat.

Alhamdulillah, peminat masih ada bersama saya. Meski tiada sebarang single atau filem baru, namun mereka kekal setia menyokong.

Terharu dan gembira kerana secara tidak langsung, ia beri refleksi bahawa peminat sukakan kita bukan kerana produk seni semata-mata.

 Sebaliknya, saya percaya kalau kita jujur dalam apa yang dilakukan, sudah pasti mereka akan terus setia bersama walau apa pun yang terjadi, akui Ziana ketika ditemui pada majlis ramah mesra Ziana Zain bersama peminat dan Majlis Penutupan Jameela Street Riang Ria Raya Promo di Sacc Mall, Shah Alam minggu lalu.

Serius berniaga

Bercerita perkembangan terkininya, penghibur yang sinonim dengan lagu Anggapanmu dan Puncak Kasih itu memberitahu, dia kini mahu fokus peniagaan tudung atas jenamanya sendiri iaitu Gee Shawl by Ziana Zains World  yang dimulakannya setahun lalu.

Ya, saya memang serius berniaga. Kebetulan saya kini sudah pun berhijab. Jadi rasanya ini ruang terbaik untuk saya memulakan sesuatu yang menjadi minat saya ketika ini, iaitu menjadi usahawan kecil-kecilan.

Syukur, meski bisnes ini masih lagi baru, namun maklum balas dan awareness yang diterima untuk cukup memberangsangkan. Terima kasih juga buat Jameela Street kerana beri ruang buat saya untuk memperkenalkan jenama ini dengan lebih meluas, katanya gembira.

Ditanya sejauh mana penglibatan diva ini dalam bisnes tudungnya itu, Ziana memberitahu,dia tidak lokek turun padang hingga ke India demi mencari material terbaik untuk koleksi tudung jenamanya itu. Saya mahukan yang terbaik dan sendiri memilih warna, corak dan fabriknya.

Semuanya daripada kaca mata sendiri dan ia eksklusif kerana setiap rangkaian yang dikeluarkan adalah terhad kerana mahu pembeli turut merasai nilai eksklusif bila memakainya, terang Ziana mengenai misinya dalam perniagaan.

Cuma apa yang boleh saya cakap, bila terjun dalam dunia bisnes, ia bukan senang. Jauh bezanya dengan nyanyian dan lakonan. Bila berniaga, kita perlu fikir semua aspek dengan lebih terperinci, termasuklah hal melibatkan pengurusan.

Apa pun, saya cuba yang terbaik dan harapnya pembeli berpuas hati, tambah Ziana optimis.

Pantau aktiviti anak

Dalam perkembangan lain, Ziana menambah, meskipun sibuk berniaga, namun itu tidak bermakna dia memandang enteng soal pengurusan keluarga, khususnya anak-anak.

Mereka sedang membesar, menuju ke fasa remaja yang kita semua tahu, menjaga anak meningkat remaja ini bukan mudah. Jadinya, komitmen terhadap dunia seni, terpaksa dikurangkan demi memberi perhatian pada keluarga.

Tawaran berlakon itu ada termasuk daripada Datuk Yusof Haslam sendiri, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik kerana takut tidak boleh memberi komitmen.

Saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata. Lalu, saya perlu pantau apa yang mereka buat, contohnya dalam soal melibatkan media sosial.

Anak-anak tidak minat main dan tidak ada akaun Instagram, FB dan sebagainya. Cuma mereka main games atas talian saja. Itu pun, saya tanya juga permainan apa yang mereka mainkan. Bimbang nanti mereka buat yang bukan-bukan.

Kalau dalam seni pula, mereka tidak tunjukkan minat serius. Kalau ada pun, mereka hanya suka dengar lagu. Kasih saja kadang-kadang cenderung minat dalam seni, jelas Ziana.

SUMBER : kakigosip.com



Live Website Traffic


loading...