www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Zarina Zainuddin Terkilan Dengan Komen Kejam Netizen, Anak Autisme Dihina Tidak Betul

0 month ago, 06-Dec-2018


Pelakon Zarina Zainuddin antara ibu yang tidak pernah menjadikan kekurangan anak-anaknya, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai yang menghidap penyakit autisme sebagai satu perkara yang memalukan. Beliau sentiasa bersikap positif dan sering berkongsi foto dan video anak-anaknya di akaun Instagram.

Walaubagaimanapun, ada pihak yang kurang senang hati dengan perkongsian Zarina sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kurang ajar dan kejam.

Hati ibu mana yang tidak terguris dan terkilan saat anak yang dikasihi di hina sebegitu, namun Zarina tidak cepat melatah dan sebaliknya memberikan respon yang sangat tenang serta sempat juga mendoakan agar invidu tersebut mendapat rahmat.

Kesedaran tentang autisme dalam masyarakat di Malaysia belum begitu luas lagi dan masih terdapat lagi kekeliruan dan salah tanggapan terhadap golongan ini. Kami respek dengan Zarina kerana beliau seorang ibu yang tabah dan kuat meskipun menerima pelbagai kritikan.

Kami doakan yang terbaik buat beliau dan teruskan usaha anda untuk meningkatkan kesedaran dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman kepada orang ramai tentang penyakit autisme.

Berita : mStar Online



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts