EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Zalim Dengan Anak Sendiri, Sherie Merlis Tak Kisah Dibenci Kerana Watak

0 month ago, 12-Oct-2021

Selepas menjayakan wataknya dalam siri televisyen i-Tanggang: Mother of All Lies, nama Sherie Merlis yang melakonkan watak Erma, seorang ibu yang zalim semakin mencuri perhatian orang ramai.

Advertisement

Sherie atau nama sebenar Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin berkata dia akan membawa watak yang dilakonkan itu dibenci penonton dan pada masa sama, menjauhkan diri daripada berperangai sebegitu.

Sherie Merlis

Sherie, 48, turut menjelaskan bahawa ia sudah menjadi satu tanggungjawab baginya untuk melunaskan tugas sebagai pelakon dengan sempurna biarpun dikecam. Pelakon ini sedar dia menerima kritikan oleh orang ramai dek kerana watak yang bukan sahaja disifatkan sebagai zalim terhadap darah daging sendiri, bahkan tidak berperikemanusiaan.

Sebagai pelakon, apa sahaja watak yang diberikan, saya akan jayakan dengan sehabis baik. Itu janji yang boleh saya berikan

Pelakon Karlos itu turut mengakui bahawa bukan mudah untuk dia menjayakan watak Erma itu kerana perlu membuat banyak homework dan melazimkan budaya kerja tersendiri agar watak yang dibawa memberi impak kepada setiap penonton.

Advertisement

Melalui I-Tanggang dan watak Erma yang mempunyai masalah mental Munchausen Syndrome by Proxy, Sherie berkata dia sejujurnya tidak tahu tentang kewujudan penyakit itu dan berasa ia sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa penyakit ini wujud dalam komuniti masyarat.

Sherie turut mendedahkan, selain watak Amy Adams dalam Hillbilly, dia turut mengambil rujukan daripada kisah benar penderaan yang dilakukan terhadap Gypsy Rose sekitar 2015.

Jangan lupa Like dan FollowFacebook,Twitter,Instagram,TelegramdanTikTokBeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Zalim Dengan Anak Sendiri, Sherie Merlis Tak Kisah Dibenci Kerana Watak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...