EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Usir Zakir Naik: Amaran Untuk Dap

0 month ago, 15-Aug-2019


oleh: Ahmad Fadhli Shaari,
15 Ogos 2019

Saya membaca kenyataan terkini Lim Kit Siang di dalam Malaysiakini yang sekali lagi mengulangi pendirian parti DAP bahawa pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu diusir daripada negara ini. Kenyataan itu dapat diakses melalui laman web Malaysia kini di pautan berikut : https://m.malaysiakini.com/news/488051

Saya ingin mengulangi pendirian dan juga amaran kepada parti DAP, sebarang tekanan yang kamu kenakan terhadap kerajaan untuk mengusir Dr Zakir Naik daripada negara ini bererti kamu akan berdepan dengan kebangkitan besar-besaran umat Islam di Malaysia.

Walau apa jua situasi yang berlaku sekalipun, umat Islam di seluruh Malaysia diseru untuk mempertahankan saudara seaqidah apatah lagi individu ini adalah merupakan tetamu kita di negara ini dan diusir Hanya semata-mata kerana berhujah menegakkan kebenaran akidah Islam.

Tiada lagi keaiban yang lebih besar daripada kita membiarkan saudara seagama kita diusir keluar daripada negara tumpah darah kita ini dalam keadaan kita hanya melihat tanpa sebarang tindakan.

Saya menyeru sahabat-sahabat seagama di dalam parti PPBM dan PKR, tunjukkan rasa sensitiviti anda kepada isu ini, buktikan solidariti anda bersama saudara seagama anda di mana anda di dalam kerajaan mempunyai kekuatan untuk bersuara.

Dan kepada DAP, jangan bermain dengan sarang tebuan.

Ahmad Fadhli Shaari ialah Ahli Parlimen Pasir Mas.

SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com