www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Yusri U turn ke ibu kota, Kafa akur

5 month ago, 05-Dec-2018


 

TEKA-TEKI status Yusri Che Lah sebagai ketua jurulatih akhirnya terjawab apabila diumumkan sebagai pengemudi baharu Kuala Lumpur bagi saingan Liga Super musim depan.

Perkara itu disampaikan di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) yang mengesahkan kehadiran Yusri bagi menggantikan tugas Fabio Maciel selaku ketua jurulatih.

“Selamat Datang Yusri Che Lah!! Yusri secara rasminya sah menjadi Ketua Jurulatih Kuala Lumpur bagi musim 2019. Beliau akan memulakan tugasnya dalam masa terdekat,” kata kenyataan itu.

Keputusan saat akhir itu nyata berbeza dengan pendirian awal bekas pemain kebangsaan itu yang sebelum ini secara lisan bersetuju untuk kekal menjadi pengendali The Red Warriors pada 20 November lalu.

Difahamkan Yusri meminta kenaikan gaji daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) yang mana perkara itu tidak dapat dipenuhi badan induk itu sekali gus itu mungkin menjadi punca anak jati Kangar itu beralih arah menyertai The Hawks.

Kafa dalam satu kenyataan menghormati keputusan Yusri dan turut mengucapkan selamat maju jaya kepadanya bersama pasukan baharu.

“Kafa ingin mengucapkan terima kasih diatas segala jasa Yusri Che Lah yang telah membimbing pasukan Kelantan pada musim ini.

“Menjawab mengenai keputusan yang diambil KAFA apabila mengumumkan beliau sebagai Ketua Jurulatih Kelantan pada 20 November lalu adalah susulan Yusri masih mempunyai kontrak dengan syarat satu tahun tambahan (1+1 Year) yang pada awalnya dipersetujui secara lisan oleh Yusri untuk terus mengemudi pasukan Kelantan FA.

“Bagaimanapun, KAFA menganggap penghijrahan ini sebagai membuka rezeki dan pengalaman yang baharu kepadanya dan KAFA menghormati keputusan ini. Selamat Maju Jaya buat Yusri Che Lah!,” katanya.

Yusri ‘U turn’ ke ibu kota, Kafa akur… Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts