EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Ubah Suai Ysuku, Polis Beri Amaran Pada Artis

0 month ago, 11-Sep-2019

Baru-baru ini kecoh mengenai motosikal jenis Yamaha 15ZR atau Ysuku dalam senarai pemerhatian polis berikutan trend mengubah suai motosikal itu tanpa mengikut spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dalam pada itu, polis turut memberi amaran kepada semua pihak termasuk artis supaya menghentikan aktiviti mempromosi kegiatan lumba dan ubah suai motosikal secara haram atau tindakan tegas akan dikenakan ke atas mereka.

BACA: Police Will Confiscate Modified Motorcycle Especially The YSUKU

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias, perbuatan itu dilihat semakin berleluasa dan cenderung menggalakkan kegiatan tidak sihat dalam kalangan remaja.

Saya sendiri ada terdengar mengenai kumpulan dan artis yang mempunyai laman sosial sendiri bagi menyiarkan video mengenai modifikasi haram yang dilakukan terutama ke atas Ysuku itu.

Kita memang memantau aktiviti kumpulan motosikal sebegini dan akan mengambil tindakan pada bila-bila masa sahaja jika mempunyai maklumat dan bukti mencukupi, katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu beliau berkata lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menyalahi undang-undang termasuk golongan artis.

Makan Ayam Bunyi Krup Krap, Minum Air Bunyi Ahh


SUMBER : vitdaily.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com