EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

YouTuber Sanggup Habiskan RM380,000 Sewa Burj Khalifa Untuk Dedah Jantina Anak

0 month ago, 11-Sep-2020

Sejak kebelakangan ini trend mendedahkan jantina anak atau gender reveal semakin popular dalam kalangan masyarakat. Malah, ada yang cuba untuk menampilkan kelainan dalam acara tersebut dengan cara yang luar biasa.

Terbaru, seorang YouTuber dari Dubai, iaitu Anas Marwah dan Asala Maleh sanggup berhabis sehingga setegah juta ringgit demi acara mendedahkan jantina anak kedua mereka dengan menyewa bangunan pencakar langit di dunia, Burj Khalifa.

Video acara gender reveal itu tular di media sosial dimana pasangan itu mengumumkan jantina anak mereka apabila banggunan tertinggi dunia itu dihiasi dengan warna biru dengan mesej, Its a boy

Menurut Anas dia mengambil masa sebulan setengah untuk perancangan tersebut dan dia mahukan sesuatu yang unik dan menjadi memori yang tidak akan dilupakan mereka dalam membina keluarga.

Bagaimanapun tindakan YouTuber itu dikecam oleh netizen yang menyifatkan ianya satu pembaziran sedangkan negara asalnya sedang bergolak dengan peperangan, malah ramai rakyat dingearanya kelaparan dan perlukan bantuan.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada pasangan itu membayar sendiri sewa bangunan itu dengan harga 90,000 (RM380,000) atau ia mungkin sebahagian daripada perjanjian promosi dengan bandaraya Dubai.

SUMBER: Gulf Today


SUMBER : gulapop.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...