EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

BVB Yellow Wall Tidak Akan Terbina Semula Buat Sementara Waktu Ini

0 month ago, 16-Sep-2020

Bagi yang mengikuti saingan Bundesliga, anda pastinya mengetahui akan Yellow Wall. Ia merupakan satu seksyen di dalam Signal Iduna Park dikhaskan buat BVB Ultras.

Ia merupakan South Stand di dalam stadium tersebut yang mampu memuatkan sekitar 25,000 penyokong pada satu-satu masa dan ia merupakan seksyen paling bertenaga ketika kelab mereka, Borussia Dortmund melayan kunjungan lawan.

Bundesliga benarkan penyokong ke stadium

Bundesliga dikhabarkan sudah membenarkan kehadiran penyokong di stadium bagi menyaksikan perlawanan tetapi dengan bersyarat. Fasa ujian selama enam minggu sudah berjalan dan pada hujung minggu ini, saingan liga bakal kembali.

Setiap stadium dibenarkan diisi dengan 20 peratus kapasiti penonton membabitkan 18 kelab Bundesliga dengan syarat kadar jangkitan COVID-19 sepanjang seminggu semakin rendah atau menyamai 35 per 100,000 penduduk di wilayah tempatan.

Ini bermakna sekitar 15,000 penonton boleh menyaksikan penyandang juara, Bayern Munich memulakan musim baru pada Jumaat ini apabila mereka turun bertemu Schalke 04 di Allianz Arena. Namun, situasi di Munich memustahilkan ianya berlaku.

Kadar jangkitan COVID-19 di Munich agak tinggi iaitu menjangkau 40.09. Ini akan menyaksikan kebenaran kerajaan tersebut tidak akan tergunapakai untuk aksi yang bakal berlangsung di Allianz Arena buat sementara waktu.

Tiada Yellow Wall buat masa ini

Sementara itu, BVB Ultras mengumumkan yang mereka tidak akan hadir ke stadium buat sementara waktu. Ia adalah satu yang sukar buat mereka bagi mengikuti saranan kerajaan untuk memakai penutup muka dan membuat penjarakan sosial.

Ini menandakan tidak akan ada Yellow Wall di Signal Iduna Park untuk menemani aksi BVB sehingga pandemik COVID-19 berjaya diatasi atau sudah pulih sepenuhnya.

Ia turut diikuti dengan pengumuman oleh Gladbach Ultras yang turut akan memboikot stadium buat seketika. Sebagaimana BVB Ultras, faktor sukar untuk mengikuti saranan kerajaan menjadi penghalang buat mereka untuk ke stadium.

Selain itu, bagi mereka, mereka bukanlah penyokong sejati apabila hanya hadir ke stadium dan duduk. Sorakan, melompat dan sebagainya perlu menghiasai kawasan mereka dan dengan syarat ketat yang dilaksanakan ianya sukar buat mereka.

Penutup

V-League adalah antara liga di Asean yang membenarkan kehadiran penyokong, sementara di Malaysia, penyokong masih tidak dibenarkan untuk hadir ke stadium kecuali pihak yang terlibat dengan siaran langsung dan para wartawan.

Melihatkan situasi COVID-19 di Malaysia ketika ini, mustahil untuk kerajaan memberi kebenaran bagi penyokong untuk berada di stadium untuk satu tempoh masa.

KREDIT FEATURED IMAGE: TRAVEL DIGG

Baca lagi artikel mengenai Yellow Wall dan BVB:


SUMBER : semuanyabola.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...