EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Yakeb akan agih peruntukan secepat mungkin

0 month ago, 21-Mar-2020

YAYASAN Kebajikan Atlet Malaysia (Yakeb) akan mengagihkan peruntukan RM100,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada mana-mana bekas atlet yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran penularan Covid-19, dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata pihaknya menguar-uarkan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada 2,875 ahli berdaftar Yakeb mengenai usaha kerajaan itu.

Buat masa sekarang, kesemua ahli Yakeb bebas jangkitan virus Covid-19 kerana mereka mematuhi saranan kerajaan untuk duduk di rumah. Dan kita sudah pesan kepada bekas atlet ini, jika ada yang terkena jangkitan untuk segera hubungi Yakeb, katanya.

Noorul Ariffin berkata Yakeb sedang dalam proses meneliti senarai ahli untuk diberikan sumbangan tersebut di mana mereka yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akan diberikan keutamaan.

Yang mana buka gerai atau bekerja sendiri, tidak boleh menjalankan pekerjaan mereka, kita akan bantu secepat mungkin. Saya kira kesemua bekas atlet memerlukan bantuan ini, katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican semalam mengumumkan pemberian peruntukan sebanyak RM100,000 menerusi Tujuh Inisiatif Proaktif KBS kepada Yakeb.

Peruntukan berkenaan disalurkan dalam usaha membantu dan menyokong bekas-bekas atlet yang memerlukan sepanjang tempoh 14 hari Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bermula 18 hingga 31 Mac.

Kami di Yakeb menghargai keprihatinan Menteri Belia dan Sukan atas pemberian peruntukan ini. Peruntukan ini adalah bagi menghargai pengorbanan bekas-bekas atlet negara, katanya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...