EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Xiaomi umumkan Mi 10 akan dilengkapi dengan Snapdragon 865 dan Mi Watch dengan modem 5G

0 month ago, 04-Dec-2019

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lin Bin hari ini telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan menggunakan cip pemproses terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 865 pada salah satu peranti mercu mereka. Seperti yang dipaparkan, ia menunjukkan bahawa cip pemproses itu bakal digunakan pada Xiaomi Mi 10.

Malah terdapat spekulasi bahawa Mi 10 juga bakal dibekalkan dengan sensor kamera Samsung 108MP seperti yang digunakan pada Xiaomi Mi Note 10. Dan sudah tentunya Mi 10 akan hadir bersama spesifikasi kelas atasan bersama teknologi terkini dengan harga yang berpatutan.

Dalam pengumuman itu, Lin Bin juga turut menambah bahawa Xiaomi merancang untuk melancarkan lebih 10 peranti Xiaomi dengan rangkaian 5G pada tahun 2020 nanti. Tambahan lagi, Lin Bin juga menyatakan bahawa Mi Watch bakal hadir dengan modem 5G yang akan menjadi jam pintar pertama mendapat sambungan 5G.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic


loading...