EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Xiaomi Mi 9T Pro bakal dilancarkan pada 20 Ogos ini

0 month ago, 15-Aug-2019

Umum sedia maklum bahawa siri Mi 9T adalah penjenamaan semula dari siri Redmi K20. Sebelum ini Xiaomi Malaysia telah melancarkan Mi 9T yang memfokuskan peranti kelas pertengahan.

Kini Xiaomi telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan Xiaomi Mi 9T Pro pada 20 Ogos ini di Netherlands dan Taiwan pada 22 Ogos. Mi 9T adalah penjenamaan daripada Redmi K20 Pro yang memfokuskan pada peranti kelas atasan yang dikuasakan dengan Snapdragon 855.

Mi 9T Pro masih mengekalkan rekaan, saiz dan tawaran warna yang sama seperti Mi 9T biasa. Skrin AMOLED 6.39-inci, bateri sebesar 4000mAh, kamera pop-naik 20MP, storan 64GB/128GB, 6GB RAM, tri-kamera 48MP, dan pengimbas cap jari di skrin.

Cuma perbezaan paling ketara adalah pada cip pemproses dan pengecasan pantas sahaja. Mi 9T menggunakan Snapdragon 730 dan pengecasan pantas 18W, manakala Mi 9T Pro menggunakan Snapdragon 855 dan pengecasan pantas 27W.

Dalam pada itu, Xiaomi Malaysia juga dijangkakan turut melancarkan Mi 9T Pro pada minggu yang sama waktu pelancaran itu. Selain itu seperti yang kita boleh tahu, Xiaomi Malaysia mungkin menawarkan Mi 9T Pro dengan harga yang sangat berpatutan.


Xiaomi Mi 9T Pro bakal dilancarkan pada 20 Ogos ini TheSkop.


SUMBER : theskop.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com