EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Zii Jia waspada helah Momota

0 month ago, 10-Jan-2020

SELEPAS mempamerkan aksi luar biasa mengalahkan pilihan ketujuh dan juga naib juara dunia 2018, Shi Yuqi (China), pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tidak mahu terjebak dengan permainan psikologi Kento Momota menjelang aksi separuh akhir Masters Malaysia esok.

Sebelum ini timbul desas-desus pemain nombor satu dunia dari Jepun itu sedang bergelut dengan masalah kecederaan sehingga memaksa menarik diri dari Masters Indonesia minggu depan namun Zii Jia tidak mudah percaya dengan khabar angin berkenaan.

"Bagi saya ia nampak seperti dia berdalih, kalau keadaan dia kurang baik, mengapa dia boleh mencatat semua kemenangan," katanya selepas menumpaskan Yuqi 12-21, 21-16, 21-19 di Arena Axiata hari ini.

Ujar pemain kelahiran Kedah itu, walau apa pun keadaan kecergasan Momota esok dia tetap menghormati Momota dan mempersiapkan diri sebaik mungkin menjelang aksi separuh akhir sulungnya musim ini.

"Kalau hendak diikutkan memang sukar berdepan Momota, bukan senang untuk menang dengannya. Dia pemain nombor satu dunia, tapi saya akan berikan aksi terbaik seperti hari ini. "Memang nampak senang tapi sebenarnya susah untuk mematikan pukulan Momota kecuali beraksi dengan serangan pantas seperti Anthony Ginting. Kita perlu cergas dan stabil lebih darinya," kata pemain berusia 22 tahun itu.

Zii Jia juga mengakui menang ke atas Yuqi yang juga pemain kelapan dunia, disebabkan dia memberikan aksi paling baik sepanjang kariernya.

"Seperti saya katakan banyak dipelajari di sini (Masters Malaysia) iaitu berjaya beraksi dengan tenang sejak dari awal sehingga ke hari ini.

Ini kali pertama Zii Jia berjaya mengalahkan Yuqi selepas dua pertemuan berakhir dengan kekalahan iaitu di Piala Sudirman tahun lalu dan Kejohanan Berpasukan Asia 2018.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...