EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wartawan Muslim Ini Diberi Peluang Rasa Sendiri Daging Khinzir Halal

0 month ago, 13-Jan-2020

Dengan teknologi semakin maju, banyak perkara mustahil yang boleh dihasilkan oleh manusia. Ada kalanya sebelum ini kita pernah terfikir bahawa sesuatu benda itu agak mustahil untuk dicipta, tetapi akhirnya manusia berjaya menciptanya.

Baru-baru ini, sebuah syarikat produk makanan yang beroperasi di Redwood City, California telah berjaya menciptap patty daging yang mempunyai aroma sama seperti daging khinzir sebenar namun ianya halal.

BACA: Didakwa Guna Darah Khinzir, JAKIM Jelaskan Status Halal Ah Cheng Laksa

Dah tentu-tentu khinzir itu haram untuk Islam, bagaimanapun pula ianya dikatakan halal? Sebenarnya syarikat yang dikenali sebagai Impossible Food itu menghasilkan daging berperisa khinzir tetapi tidak menggunakan daging khinzir.

Menariknya bahan yang digunakan untuk menghasilkan patty tersebut adalah soya sebagai protein utama dan sumber utamanya ialah minyak bunga matahari dan minyak kelapa.

Turut diletakkan asid amino, vitamin, gula dan sebatian yang boleh dijumpai dalam organisma hidup serta campuran bahan kimia bagi menghasilkan rasa dan aroma seperti daging asal.

Seorang wartawan Muslim dikenali sebagai Abrar Al-Heeti turut diberi peluang untuk merasai sendiri patty daging tersebut bersama roti.

Setelah mencubanya, Abrar memberitahu meskipun ianya bukan daging khinzir sebenar namun sukar untuk menelannya. Agak-agak ada tak mereka diluar sana yang nak cuba Daging Khinzir versi Halal ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami diFacebookdanInstagram

Rambang Mata Tengok Sushi! (Kyoto)


SUMBER : vitdaily.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...