EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Gara-Gara Warnakan Rambut, Wanita Ini Alami Mata Bengkak Teruk

0 month ago, 08-Apr-2021

Memang nampak cantik sangat rambut yang berwarna. Tetapi kalau salah cara pakainya atau tidak sesuai boleh datangkan kesan yang bahaya.

Tak kiralah produk penjagaan wajah, alat solek termasuklah pewarna rambut, kamu perlu lakukan patch test terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Seperti seorang wanita ini, Leonie Dee telah dikejarkan ke hospital setelah dia mengalami reaksi mata yang bengkak dan kulit kepala menjadi melecet.

Sudah buat patch test dan tiada reaksi alergik

Sebelum mewarnakan rambut secara sendiri di rumah, Leonie telah melakukan patch test dan mendapati tiada sebarang kesan alergik yang berlaku.

Disebabkan oleh itu, dia telah mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya dengan dua jenis warna iaitu Schwarzkopf Live Cosmic Blue dan Schwarzkopf Live Ultro Violet.

Foto Depop

Untuk permulaannya, dia telah mewarnakan separuh rambut bawahnya dengan warna Ultra Violet dan ianya tidak menunjukkan sebarang reaksi.Selepas beberapa hari, Lionee mewarnakan pula bahagian atas separuh rambutnya dengan warna Cosmic Blue.

Memang terkejut selepas bangun tidur

Keesokkan harinya, Lionee merasakan bahagian tepi leher dan telinganya mula membengkak selepas bangun tidur.

Merasakan keadaan tersebut disebabkan oleh alergik, dia mula mengambil ubat anti-alergik dan berharap ianya akan kembali pulih. Tetapi sebaliknya terjadi apabila keadaannya menjadi makin teruk dari semasa ke semasa.

IKLAN

Foto Small Joys / 9GAG

Saya bangun tidur dan garisan rambut saya menjadi melecet yang teruk. Malah mata saya membengkak sehingga saya tidak nampak apa-apa.

Dengan keadaannya yang teruk itu, Lionee dikejarkan ke hospital dan terpaksa ditahan selama 36 jam. Pada masa yang sama, dia telah dipantau dengan rapi selain diberikan steroid, tablet, krim anti-alergi dan fluid drip.

Lecet di kepala meletup dan mengeluarkan pewarna rambut biru

Ketika ditahan di hospital, dia mengatakan lecet di kepalanya mula meletup dan mengeluarkan pewarna biru. Sangat menakutkan!

Untuk pengetahuan kamu, Leonie mengatakan pewarna rambut biru tersebut merupakan punca kerana produk itu mengandungi bahan aktif yang sangat tinggi.

Foto Metro.co.uk

Malah dia juga mengatakan dengan keadaannya yang teruk itu, jururawat terpaksa menutup lampu di katilnya kerana cahaya tersebut merengsakan matanya.

Saya juga ada bertanya pada doktor sama ada perlu atau tidak saya membotakkan kepala jika ia membantu.Tetapi mereka mengatakan pewarna rambut sudah masuk ke dalam kulit kepala. Jadi saya hanya perlu tunggu sehingga bengkak dan lecet itu menjadi okay.

Pada masa yang sama, Lionee juga diarahkan untuk duduk di hospital selama beberapa hari sehingga keadaan mata dan kulit kepalanya pulih seperti sediakala.

Melihatkan bahan-bahan aktif yang berbahaya di dalam sebuah produk, sebagai pengguna kita perlu membaca label dan tahu apakah bahan aktif tersebut.

Bagi kamu yang sering mewarnakan rambut di rumah atau teringin lakukannya, sebagai langkah yang selamat kamu boleh pergi warnakan rambut dengan bantuan professional di salun rambut.

RUJUKAN: 1, 2, 3



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...