EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

5 Warna Paling Sesuai Digayakan Ke Sesi Temu Duga

7 month ago, 13-Feb-2020

Setiap rona mempunyai maksud yang tersendiri. Memilih warna yang sesuai boleh menyuntik elemen positif pada sesi temu duga kamu.
5 Warna Paling Sesuai Digayakan Ke Sesi Temu Duga
Foto: Depositphotos.com

Biru

Warna ini menunjukkan seseorang sentiasa dalam keadaan terkawal. Dari mata penemuduga, biru mencerminkan ketenangan, keyakinan, stabiliti dan kepercayaan.

Kelabu

Warna kedua popular selepas biru. Penemuduga akan fokus lebih pada apa yang akan kamu lakukan. Ia juga lambang sofistikated.

Merah

Melambangkan tenaga, keinginan, kuasa dan keghairahan. Memandangkan ia kuat, gunakan pada aksesori seperti beg, skarf atau kasut saja.

Putih

Ia melambangkan personaliti yang ringkas, bersih. tepat dan baik. Pastikan ia tak terlalu jarang dan bersih bila dipakai.

Hitam

Warna selamat yang mewakili authority. Namun ia juga boleh menimbulkan konotasi drama kalau kalau kamu sarungkan warna ini dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi pastikan kamu suai padan dengan betul ya.


SUMBER : cosmopolitan.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...