EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pas, Warisan nafi buat kenyataan sokong Hishammuddin jadi PM

0 month ago, 11-Jun-2021

CYBERJAYA Pas dan parti Warisan menafikan satu kenyataan media yang menyatakan kedua-dua parti mencapai mencapai kesepakatan untuk menyokong Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Menurut kenyataan yang disahkan palsu itu, langkah tersebut bagi menyelamatkan negara daripada terus berada dalam krisis kesihatan dan ekonomi.

Ketua Penerangan Pas, menafikan mempunyai sebarang kerjasama dua pihak dengan Warisan untuk menyokong Hishammuddin yang juga Menteri Luar bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Saya menafikan kenyataan tersebut dan ia telah mendapat pengesahan bahawa maklumat tersebut adalah palsu, ujarnya kepadaHarakahdaily.

Tambahnya, perkara itu turut disahkan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Jawatankuasa Harian Pas Pusat bahawa maklumat itu adalah palsu.

Kandungan kenyataan media berkenaan terdapat tandatangan Takiyuddin dan Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua Jr .

Sementara itu,Loretto menafikan sekeras-kerasnya kenyataan tersebut yang merupakan fitnah dan turut memalsukan tandatangannya sebagai mewakili parti.

Saya sama sekali tidak pernah sama ada bagi pihak Warisan mahupun atas kapasiti peribadi untuk mempersetujui atau menandatangani apa-apa persetujuan muafakat bersama Pas untuk menyokong mana-mana individu sebagai Perdana Menteri. Warisan tidak pernah terlibat dengan Kenyataan Media itu, katanya dalam satu kenyataan.

Tegas beliau, perbuatan seperti ini adalah tindakan orang-orang yang kemaruk kuasa sehingga sanggup memfitnah dan memalsukan tandatangan beliau.

Saya akan membuat laporan polis selepas berbincang dengan peguam saya berkenaan perkara ini, katanya.

Sementara itu, turut membuat penafian hari ini ialah Ibu Pejabat UMNO berikutan tersebarnya infografik palsu yang memaparkan wajah Presiden PKR, Datuk Ser Anwar Ibrahim, Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu dengan slogan Jajaran Harapan.

Ibu pejabat menasihat ahli UMNO agar sentiasa merujuk pimpinan peringkat bahagian, negeri mahupun pusat bagi kesahihan berita atau info yang diterima, kata Pasukan Respon JKS Penerangan UMNO dalam kenyataan. Edisi 9



SUMBER : edisi9.com.my



Live Website Traffic


loading...