EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

WARGA EMAS NYARIS MAUT DIBAHAM BUAYA

0 month ago, 12-Jan-2022

LAHAD DATU: Seorang lelaki warga emas hampir maut selepas kakinya dibaham buaya, di Sungai Silabukan, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang melibatkan mangsa, 70, yang sempat diselamatkan oleh isteri dan lima rakannya yang berada di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Rohan Shah Ahmad berkata, semasa kejadian mangsa bersama enam yang lain sedang berjalan kaki di tepi sungai berkenaan untuk mencari lokan.

“Tiba-tiba seekor buaya naik ke tepi sungai dan membaham kaki mangsa. Namun dengan bantuan rakan-rakannya, mangsa berjaya diselamatkan dengan memukul bahagian kepala dan mata haiwan berkenaan.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki, tangan kanan dan perut dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Rohan Shah berkata, mangsa kemudiannya disahkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital terbabit.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...