EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Warga emas dari Melaka korban baru Covid-19, jumlah kematian cecah 15 kes

0 month ago, 24-Mar-2020

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan satu lagi kematian koronavirus baru (Covid-19) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, laporan tersebut menjadikan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.

Menurutnya, kes kematian ke-15 itu membabitkan lelaki berumur 71 tahun berasal dari Melaka disyaki mempunyai kontak dengan kes positif (kes ke-703) yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling.

Allahyarham mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar sejak 18 Mac 2020 lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi tadi.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes

Posted by Noor Hisham Abdullah onMonday, March 23, 2020

: Noor Hisham Abdullah


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...