EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Warga KKM korban ke-35 Covid-19 hari ini

0 month ago, 29-Mar-2020

SEORANG pembantu tadbir Kementerian Kesihatan (KKM) menjadi korban ke-35, mangsa terbaharu wabak koronavirus Baharu (Covid-19) apabila meninggal dunia ketika dalam rawatan di Hospital Sungai Buloh, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Saziah Mohd Said, 57, yang juga Pembantu Tadbir di Bahagian Manusia KKM, meninggal dunia pada 4 petang tadi.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan buat KKM, katanya Dr Adham menerusi perkongsian dalam akuan Facebook, malam ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan malam ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan itu sebanyak 35 kes.

Beliau berkata, laporan kematian itu diberikan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) membabitkan wanita warga tempatan berusia 57 tahun.

Menurutnya, kes kematian ke-35 membabitkan kes ke-1952 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia.

Katanya, wanita itu mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada 17 Mac dan kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sebelum ke Hospital Sungai Buloh.

Hasil ujian pengesahan Covid-19 telah didapati positif pada 18 Mac.

Kesihatan beliau merosot hari demi hari, dan disahkan meninggal dunia pada 29 Mac (hari ini), 4 petang, katanya menerusi hantarannya di Facebook, sebentar tadi.

Beliau mewakili warga Kementerian Kesihatan turut menzahirkan takziah kepada seluruh ahli keluarga wanita itu.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...