EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Warga Jerman Tulis Surat Cinta Kepada Pokok Oak Demi Jodoh

33 month ago, 05-Mar-2018

  • Print
  • Email
Details
Published on Monday, 05 March 2018 08:59
View

altEUTIN, JERMAN: Sebatang pokok oak berusia 500 tahun di sini menjadi tumpuan orang ramai apabila ia menerima sekurang-kurangnya 40 pucuk surat cinta setiap hari.

Oddity Central melaporkan, surat cinta berkenaan ditulis dan dikirimkan oleh golongan pencari cinta dari seluruh dunia yang berharap ada individu akan membaca dan membalas surat mereka.

Biarpun dunia kini berada dalam era teknologi, namun pokok Oak Bridegroom menjadi medium pilihan kepada mereka yang percaya kepada cinta sejati.

Pokok tersebut mula menerima perutusan cinta sejak 100 tahun lalu berdasarkan cerita lagenda yang berlaku pada 1890.

Cerita itu mengisahkan mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang ditentang oleh keluarga dan mereka menjadikan pokok oak berkenaan sebagai tempat untuk meletakkan surat cinta mereka setiap hari.

Penduduk tempatan memaklumkan bahawa pasangan kekasih itu akhirnya berkahwin pada 1981 dan majlis mereka diadakan di bawah pokok tersebut.

Sejak itu, pokok tersebut menjadi tumpuan pasangan kekasih untuk mengutus surat cinta mereka serta mencari jodoh.

Pokok oak itu turut mempunyai alamat dan poskod tersendiri bagi membolehkan orang ramai mengirimkan surat mereka.

Media tempatan melaporkan bahawa pokok itu akan menerima kira-kira 1,000 pucuk surat setiap tahun dan kebanyakannya diterima dalam musim panas.

- Utusan Online





Live Website Traffic


loading...