EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Warga Internet Naik Gila Bila Victorias Secret Rekrut Model Badan Besar

0 month ago, 10-Oct-2019

Sebelum ini kecoh apabila jenama pakaian dalam tersohor Victorias Secretmerekrut model transgender bernama Valentina Sampaio.

Baca :Lagi Cantik Dari Perempuan Tulen, Victorias Secret Rekrut Transgender Jadi Model

Kini, VS membuat satu lagi kejutan apabila menggaji model berbadan besarAli Tate Cutler.

Jenama yang hanya menggunakan model kurus dalam setiap pertunjukan fesyen dan kempen menandatangani Cutler sebagai sebahagian daripada perkongsian barunya dengan jenama pakaian dalamBluebella yang berpusat di London.

Bluebella dalam satu kenyataan menjelaskan kerjasama adalah untuk kempen yang sedang berjalan menggunakan model badan besar dan kurus dalam kempen sayangi diri sendiri self-love, self-acceptance and championing individuality.

VS walau bagaimanapun tidak memberi sebarang komen tentang hal itu, bahkan Cutler sendiri yang mendedahkan bahawa jenama agung itu telah mencipta satu lagi sejarah baru menerusi posting di Instagramnya.

Model cantik manis berkata ia adalah satu impian yang langsung tidak dijangka apabila melihat sendiri gambarnya di butik VS. Dia merasakan jenama yang sering mencipta kontroversi itu sedang menuju ke arah yang betul dalam merekrut model yang berbakat besar tidak kira saiz atau jantina.

I never expected that I was going to see an image of myself on the wall next to these top supermodels that I have been looking up to since I was a little girl, jelasnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga memberi reaksi positif dengan pengumuman ini, malah tidak sabar untuk melihat Culter beraksi di pentas peragaan dan kempen VS.

Tidak kiralah badan besar, yang pasti gadis muda ini cukup fotogenik bila bergambar dan bekerja keras untuk mendapat tempat dalam dunia modelling. Lihat sahaja setiap seleksi gambar yang dikongsi di Instagram, semuanya aesthetic dan Cutler tidak segan silu malah bangga dengan tubuh badan sendiri.

Good for you Cutler!

RUJUKAN :1,2,3


SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...