EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

WARGA EMAS DIDAKWA LAKUKAN SEKS LUAR TABII DENGAN KAMBING

0 month ago, 25-Nov-2021

KUALA KUBU BHARU: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga mati, empat bulan lalu.

Tertuduh, Shaari Hasan, 60, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Tertuduh yang merupakan penganggur didakwa sengaja melakukan persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Buaya, Rawang pada jam 1.30 petang, 27 Julai lalu.

Warga emas itu didakwa di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Shaari mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan, namun ketika barang kes iaitu baju-T berwarna hijau dan seluar panjang coklat yang dirampas semasa kejadian ditunjukkan kepadanya, dia tidak mengaku pakaian itu adalah miliknya.

Namun Hakim Nurul Mardhiah kemudiannya memaklumkan bahawa pengakuan bersalah Shaari atas pertuduhan itu tidak boleh diterima memandangkan tertuduh tidak mengaku barang-barang kes itu.

Timbalan Pendakwa RayaSiti Khadijah Amir Hamdzah yang mengendalikan pendakwaan tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh memandangkan pertuduhan terhadapnya merupakan kesalahan serius.

Bagaimanapun, peguam bela Zolazrai Zolkapli yang mewakili tertuduh memohon jaminan dibenarkan atas alasan anak guamnya tinggal seorang diri selain telah berusia 60 tahun.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, AlHijrah Online melaporkan seorang suspek berusia 60 tahun ditahan polis selepas terlibat kes persetubuhan luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga haiwan itu mati di Kampung Sungai Buaya, Serendah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Arsad Kamaruddin berkata kejadian kira-kira 1.30 petang itu disedari seorang wanita berusia 45 tahun selepas mendengar bunyi mengembek dari kandang kambingnya yang terletak di belakang rumah.

Pemeriksaan mendapati seorang lelaki yang dikenalinya dalam keadaan separuh bogel bangun dari sebelah kambing milik pengadu.

Pengadu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati seekor kambing betina telah mati, katanya dalam kenyataan hari ini.

–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...