www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Waran Tangkap Akan Dikeluarkan Dari Pihak Mahkamah Keatas Datuk Farid Kamil. Ini Sebabnya

0 month ago, 13-Jan-2019


Sebentar tadi, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari telah menerima waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Waran tangkapa yang dikeluarkan kerana Farid gagal hadir pada prosiding perbicaraan hari keempat dalam kes yang dihadapi pelakon itu.

Tiada sebarang alasan munasabah

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, selain gagal hadir, Farid ketiadaan penjamin dan tidak mengemukakan sijil cuti sakit kepada mahkamah.

justeru mahkamah mengeluarkan waran tangkap itu kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukakan kepada mahkamah daripada pihak pembelaan atas kegagalan tertuduh untuk hadir.

Image result for farid kamil

Awal tahun lalu, negara digemparkan dengan isu jenayah yang melibatkan pelakon Datuk Farid Kamil berkenaan pengambilan dakwaan kes dadah dan tuduhan mencederakan anggota polis serta orang awam. Ekoran itu, Farid turut ditahan bagi membantu siasatan.

Farid dibebaskan dengan ikat jamin pada 16 Januari 2018 dan mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik di Balai Polis Kota Damansara dan turut didakwa menggunakan dadah berbahaya Tetra Hydrocannibol (THC), iaitu 11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid di Pejabat Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

: Harian Metro Via Hangat.com




SUMBER : matbawang.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts