EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Terkejut, Kucing nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai Tangan Ghaib

0 month ago, 29-Aug-2021

Seronok bersantai sambil menonton televisyen, seorang wanita terkejut apabila mendapati kucing peliharannya tiba-tiba bersikap aneh menunjukkan perilaku seperti sedang dibelai oleh entiti ghaib.

Dalam video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @2211ttl, kucing tersebut kelihatan seperti bersandar pada ruang kosong, dan seolah-olah sedang bermanja dengan sesuatu.

Ia turut kelihatan terganggu dan mengiau dengan penuh keterujaan serta menggerakkan kepalanya di udara seperti sedang menanti untuk dibelai.

Haiwan itu kemudiannya menggerakkan badannya seperti diletakkan ke bawah dari arah atas.

Ia mengiau dengan penuh keterujaan dan kelihatan seperti sedang dibelai.

Ia juga kelihatan seperti sedang menghidu sesuatu, namun tiada apa-apa di situ sehinggalah ia kelihatan seperti takut dan berlalu untuk tidur, tulis wanita tersebut pada hantarannya.

Video yang dimuat naik itu ditonton lebih sejuta kali dengan ramai pengguna turut meluahkan rasa seram serta sukar menjelaskan perkara yang terjadi.

Saya rasa kamu perlu memanggil seseorang atau berpindah dari situ. Kucing itu sedang memberitahu sesuatu, tulis seorang pengguna.

Jika saya adalah hantu, saya akan membela kucing orang lain, seloroh seorang lagi pengguna.

“Melihat kepada cara kucing itu mengangkat ekornya, jelas dia kelihatan seperti sedang dibelai seseorang dan bukannya berperangai pelik,” komen lagi seorang pengguna media sosial itu.

Pada masa sama, terdapat juga individu yang mencadangkan agar dia membawa kucingnya mendapat rawatan pakar kerana bimbang mengalami masalah saraf.

Wanita itu bagaimanapun menafikan kucing peliharaannya mengalami sebarang masalah kesihatan melainkan berperangai pelik apabila berada di dalam sebuah bilik di kediamannya.

Wanita Terkejut, Kucing nya Mula Berperangai Aneh Seperti Dibelai ‘Tangan’ Ghaib OH! INFOKINI.



SUMBER : ohinfokini.com



Live Website Traffic


loading...