EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wanita 34 tahun maut akibat keracunan dari cendawan hitam yang direndam terlalu lama

2 month ago, 23-May-2020

Seorang wanita berusia 34 tahun di Guangdong, China baru-baru ini dilaporkan meninggal dunia akibat keracunan makanan setelah mangsa memakan cendawan hitam (black fungus) yang direndam terlalu lama.

Menurut lamanSinchew, mangsa telah merendam cendawan hitam tersebut selama dua hari sebelum memasak sebahagian daripadanya dan terus merendam cendawan yang selebihnya. Bagaimanapun, selepas lebih dari 24 jam memakan cendawan hitam berkenaan, mangsa mula muntah-muntah dan berasa sangat sakit. Disebabkan itu, dia telah dihantar ke wad kecemasan hospital.

Gambar Hiasan | Shopee

Selepas menjalani ujian, pihak hospital mendapati bahawa darah serta air kencing mangsa mengandungi terlalu banyak toksin asid beras tapai. Bahan ini boleh merosakkan organ hati manusia dan merupakan salah satu toksin bakteria yang paling berbahaya dan boleh membunuh.

Keadaan mangsa juga dilaporkan semakin merosot setelah dimasukkan ke hospital dan yang kemudiannya dimasukkan ke unit rawatan rapi. Bagaimanapun, kerana kos bayaran hospital yang terlalu tinggi, ahli keluarganya terpaksa memutuskan untuk membawa mangsa pulang ke rumah. Tidak lama selepas dijaga oleh ahli keluarganya, mangsa meninggal dunia kerana kegagalan fungi organ.

Gambar Hiasan |Shopee

Menurut pakar, pengambilan cendawan hitam sebenarnya adalah selamat dan tidak beracun sekiranya tidak direndam terlalu lama. Tetapi, jika direndam terlalu lama, cendawan hitam dengan mudah akan menghasilkan bahan berbahaya seperti asid beras tapai dan aflatoksin.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk merendam cendawan hitam dalam air sejuk selama kira-kira 1 hingga 2 jam sahaja. Jika cendawan hitam direndam lebih dari tempoh 24 jam, cendawan itu tidak lagi boleh dimakan.

Wanita 34 tahun maut akibat keracunan dari cendawan hitam yang direndam terlalu lama Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...