EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Saya Rela Beli Baru Wanita Tak Tahan Diganggu Dengan Entiti Tumpang Pada Barang Antik

0 month ago, 20-Nov-2020

Kebanyakan barangan antik yang sukar ditemui sama ada di dalam negara mahupun luar negara pastinya menjadi rebutan para peminat koleksi tersebut biarpun usia barangan tersebut mencecah lebih puluhan tahun.

Namun, seorang peminat koleksi barangan antik, Asma Nordin memilih untuk tidak lagi menyimpan atau mengumpul barang-barangan antik sebegini selepas mengalami gangguan pelik.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Khalifah Media Networks

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, dia yang sudah serik diganggu oleh ‘entiti’ itu berkeras mengatakan tidak akan mengutip barangan lama lagi biarpun diberi secara percuma kepadanya.

“Saya dah serik tak mau lagi kutip barang lama…bagi percuma pun saya tak nak.

“Tak sanggup lagi menanggung derita, penyudahnya kita yang kena jumpa ustaz dan berusaha siang malam untuk pulihkan diri.

“Tahajud dan zikir tidak berhenti…orang lain berdengkur, kita bangun untuk mohon pertolongan Allah.

“Hanya yang pernah lalui akan tahun dan dulu saya memang suka kumpul barang lama,” katanya.

Asma yang dahulunya merasakan bahawa dirinya terkena gangguan sihir atau santau disebabkan faktor kesihatan yang tidak menentu, namun tidak menyangka gangguan tersebut datangnya dari barangan antik yang disimpan olehnya sebagai koleksi di rumah.

“Bila keadaan diri kita tak menentu, mulala kita fikir terkena sihir atau santau namun setelah diselidik rupanya gangguan dari barang antik yang kita simpan buat koleksi.

“Dulu saya tak percaya…tapi bila terkena diri sendiri, hanya kita sahaja yang tau situasi keadaan macam mana.

“Fobia, takut pon ada. Kalau orang nak bagi apa apa pada saya sekarang ni…saya tak akan cakap barang ini saya terima. Kalau tak sedap hati saya akan cakap maaf saya tak nak. Sekarang saya tolak dengan cara berhemah,” ujarnya.

Foto sekadar hiasan. Kredit: Indozone

Selain itu, Asma menjelaskan dirinya rela beli baru kerana enggan terima hak orang secara percuma. Malah, dia juga telah membuang kesemua barangan antik dan tidak lagi menyimpan koleksi tersebut di rumah.

“Saya tak mahu terima hak orang secara percuma, saya juga rela beli yang baharu. Tak mau dah, tak mau dah! Batik sarung lama pun saya tak mahu terima.

“Batang kayu antik dan buluh cantik pun saya tak mau bawa balik rumah. Sekarang kayu antik dan buluh lama kat rumah saya sudah dibuang,” kongsinya.

Walaupun minatnya terhadap barangan antik sangat mendalam, namun Asma terpaksa merelakannya kerana dirinya tidak kuat semangat meskipun kini dalam proses pemulihan.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...