EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wanita Perancis Tak Suka Mekap Beria, Hanya Lakukan Ini Untuk Cantik

0 month ago, 19-Nov-2020

Bonjour!

Bila kita bercakap tentang orang Perancis, apa yang berada di benak fikiran?

Biadap? Tak sopan? Mengada-ngada? Seksual? Sebab yang tak elok sahaja ditonjolkan dalam siri popular Emily in Paris, walhal bukan semua begitu.Ada juga yang baik budi pekerti, we cant judge them by the whole population right!

IKLAN

Wanita Perancis terkenal dengan kecantikan dan fesyen secara keseluruhannya.Bila bercakap bab kecantikan, apa yang perlu kita tanamkan ialah wanita Perancis mementingkan cara yang ringkas dan tidak melebih-lebih, less is perfect!

Jaranglah kita nampak mereka berias beria-ia, mereka lebih selesa dengan kesederhanaan. Rambut tidak perlu didandan, mereka pentingkan rutin skincare daripada bersolek, serta bermacam lagi hal menarik kita boleh belajar dari orang sana.

Ini yang diterapkan oleh mereka dalam menjaga penampilan seharian.

Tak Sempurna

Pada wanita Perancis, mereka tidak meletakkan kesempurnaan. Contohnya rambut, gigi dan kulit tidak perlu sempurna.

Foto Arkib Wanista

Whats not perfect is really what we love about it, jelas pengasas La Ligne Valerie Macaulay. Rambut anda tidak perlu lurus dengan sempurna, kedutan atau freckles juga tidak perlu ditutup dengan mekap.

Mekap Yang Natural

Its about being confident in your own skin, katanya lagi.

Foto Arkib Wanista

Tampak segar adalah keutamaan wanita Perancis, dan ia datang daripada solekan yang minimun. Mereka mahu kelihatan anggun dengan cara yang semulajadi tanpa berusaha keras.

Lebih Pentingkan Rutin Skincare

Wanita Perancis jarang bersolek dalam kehidupan seharian.Lebih-lebih lagi, mereka lebih cenderung membeli kosmetik penjagaan kulit daripada barang mekap.

IKLAN

Foto American Beauty

Di tempat awam juga, anda lebih cenderung melihat wanita sana applykrim pelembap di wajahnya.

Rona Merah Itu Seksi

Orang perempuan kalau calit gincu pun dah elok sebenarnya, biar nampak muka jadi fresh sentiasa.

Foto Live Japan

Itu yang diterapkan wanita Perancis, biar gaya ringkas tapi mesti ada satu perkara yang tonjolkan, seperti gincu bibir rona merah.Merah mampu membuatkan seseorang kelihatan lebih berani, dewasa dan miliki sifat kepimpinan.

Aksesori Pelengkap Gaya

Apabila wanita Perancis mengenakan aksesori, ia mestilah serba minimalis, cantik dan bersifat sentimental.

Foto Pinterest

Pada mereka reka bentuknya yang minimalis sesuai digayakan untuk semua peringkat usia, malah akan membuatkan anda kelihatan lebih manis dan anggun, orang kata ada ciri klasik.

Rambut Yang Messy

Selain mementingkan kecantikan semulajadi, wanita Perancis menitik berat dalam soal pengayaan rambut.

Mereka lagi suka kalau rambut dibiarkan mengurai tanpa sebarang dandanan, #bedhairday yang seperti rambut tidak dicuci dan rambut bangun tidur adalah seksi.

Foto Pinterest

Wanita sana boleh keluar dengan rambut yang tidak dicuci dantidak ada yang akan menilai mereka atau memandang mereka dengan pelik. Ini kerana semua orang menghargai masa mereka di sini.

Mana yang menarik, mungkin kita boleh ikut. Selamat Beramal!

RUJUKAN :1,2



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...