EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Patah Kaki Jatuh Tingkat Tiga

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Wanita Patah Kaki Jatuh Tingkat Tiga | Georgetown: Wanita berjaya diselamatkan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terjatuh dari tingkat tiga perumahan Fortune Court, Ayer Itam di sini, hari ini.

Kejadian itu menyebabkan wanita berusia 44 tahun itu mengalami patah kaki kanan.

Pegawai Balai bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong Pegawai Kanan Bomba II Safry Romli berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.42 petang.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan anggota BBP Paya Terubong bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Wanita terbabit dipercayai dikatakan terjatuh dari tingkat tiga di atas sengkuap tingkat satu.

“Anggota bomba terpaksa menurunkan mangsa dengan menggunakan pengusung,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

: HMetro

Wanita Patah Kaki Jatuh Tingkat Tiga KHALIFAH MEDIA NETWORKS.





Live Website Traffic


loading...