EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wanita miliki tanda lahir di wajah ini spontan beri nasihat terbaik paling lembut kepada seorang remaja yang mempersendakannya

0 month ago, 20-Nov-2020

Rupa paras dan fizikal yang manusia miliki semenjak lahir bukannya boleh dipilih, sebaliknya telah ditentukan Tuhan.

Contohnya, setengah orang memiliki tanda lahir tersembunyi di bahagian badan, manakala kalangan unik yang lain memiliki tanda lahir yang ketara seperti di bahagian muka.

Kita perlu bersyukur dan sentiasa bermuhasabah diri apabila melihat kekurangan orang lain seperti mempunyai tanda lahir yang ketara di bahagian terbuka.

Paparan Skrin/TikTok

Siapa pun tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada masa depan sendiri selepas terlajak kata dan tidak menghormati orang lain, yang akan membuat diri berasa menyesal di kemudian hari.

Seorang wanita dengan nama Awek Kota@aisybambam telah memuat naik videonya di TikTok ketika membalas pertanyaan seorang remaja yang mempersoalkan tanda lahir ketara di bahagian wajahnya.

Remaja itu bertanya dengan biadab, Muka tu kena sumpah ke?

Paparan Skrin/TikTok

Menerusi video berdurasi 15 saat itu, wanita itu menjawab soalan remaja yang mengejek tanda lahir di mukanya dengan tenang.

Menurutnya, tanda lahir di mukanya memang telah wujud sejak kecil kerana gerhana bulan. Dia juga sempat menasihati remaja itu bahawa tidak baik bertanya dengan perkataan seperti itu kepada orang lain.

Paparan Skrin/TikTok

Assalamualaikum. Adik, tak baik cakap macam tu tau. Muka akak ni tanda lahir daripada kecik, gerhana bulan. Tak baik tau cakap macam gitu, jahat mulut, jahat mulut No, no, no, katanya.

Susulan tularnya video tersebut yang kini meraih sehingga lebih 1 juta tontonan dan 79,000 tanda suka di TikTok, wanita ini dihujani dengan pelbagai komen netizen yang rata-rata memberinya kata-kata semangat serta tidak menghiraukan tohmahan negatif orang yang mengejek tanda lahir di wajahnya.

Mereka juga memberi ingatan kepada orang lain supaya sentiasa menjaga tutur bahasa apabila mengeluarkan sesuatu perkataan kerana kita tidak tahu betapa sedihnya seseorang itu apabila dia diejek kerana penampilan fizikal atau rupa parasnya.

Paparan Skrin/TikTok

Wanita ini turut dipuji kerana cara dia menjawab soalan remaja itu dengan tenang sambil tidak melatah atau marah.

Namanya pun remaja, darah muda yang belum nampak dunia meluas, maka kena bersabarlah. Baik-baik dik, jangan cakap habis dan gelak-gelak. Dunia ini tidak selalu indah. Dunia luar orang pandang hati dan otak yang kita gunakan, tak pandang sangat muka dan fizikal kita.

@aisybambamBalas kepada @eiymaazzanieaisy semoga yg baik2 je ye utk adek ..

? bunyi asal Awek Kota

Maybe you're interested :



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...