EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wanita ini merayu rayu nak ziarah tempat bersemadi Abam. Bila ditanya tak sangka ini jawapan wanita itu. Warganet terkejut dengan apa yang didedahkan oleh wanita itu.

0 month ago, 12-Feb-2020

Pemergian pelawak terkenal Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar begitu memberi kesan yang mendalam terhadap industri seni tanah air. Ramai rakan artis dan ustaz-ustaz terkenal sedih dengan pemergiannya dan turut berkongsi pelbagai kisah peribadi abam.

Seperti mana video yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafiah melalui Instagram miliknya berkenaan penjaga di kawasan teman bersemadi Abam. Penjaga tersebut memberitahu bahawa terdapat seorang perempuan yang membawa anaknya merayu untuk melawat tempat bersemadi arwah Abam pada lewat malam.

Menurut penjaga tersebut, wanita berkenaan yang menaiki motosikal bersama anaknya merayu untuk menzlarahi tempat bersemadi Abam walaupun ketika itu sudah lewat malam. Wanita berkenaan menyatakan bahawa Abam adalah orang yang menampung segala perbelanjaan sekolah anaknya.

Kawasan dah gelap

Tambahnya lagi, pada waktu tersebut tiada lampu pencahayaan di situ berkenaan berikutan kawasan itu telah ditutup. Penjaga berkenaan terus membawa wanita berkenaan bersama anaknya menziarahi tempat bersemadi Abam selepas itu.

Rata-rata peminat Abam sungguh terkesan dengan pemergian Abam dan menyatakan keperibadian Abam sungguh mulia. Aba, banyak bersedekah secara bersembunyi sehinggakan banyak kisah yang baik dikongsikan selepas pemergian dirinya.

: Ustaz Hanafiah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

: OH BULAN

Kini Giliran Jihan Muse Pula Buka Mulut Dedahkan Sesuatu Tentang Abam. Katanya Abam Bersih Dari Cerita Buruk.

PEMERGlAN Abam mengingatkan kita mengenai pemergian yang tidak mengira waktu. Rezeki Abam menghadap Ilahi dalam keadaan yang tenang, kata pelawak dan pengacara Jihan Muse yang menganggap pemergian pelawak Abam sangat dicemburui berikutan Abam seorang yang sangat baik.

Jihan berkata, melihat pemergian Abam yang begitu mudah serta kehadiran ribuan jemaah untuk solatkannya buat kali terakhir adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang. Siapa yang tak nak pergi dalam keadaan tidur dan masjid dipenuhi dengan lautan manusia untuk mengiringi Abam hingga ke perjalanan terakhlrnya.

Semua itu tidak boleh dirancang. Saya tidak boleh nak cakap diri saya baik dan mendapat pengakhiran yang begitu. Namun, apa yang berlaku mengajar kita untuk sentiasa berbuat baik dengan orang. Abam seorang insan yang berhati mulia. Ramai yang menyayanginya dan saya tiada masalah langsung dengannya. Malah, kita juga tak pernah dengar cerita buruk tentang dia selama ini, katanya.

Menurut Jihan, pemergian Abam sesuatu yang amat mengejutkan apabila satu demi satu orang terdekat dengannya menghadap Ilahi. Saya tak sempat nak habis sedih dengan kehilangan beberapa orang hebat dalam industri seni yang saya kenali rapat seperti Din Beramboi, Pak Yus, Abg Pitt Hamzah serta Lok U.

Dan, semalam dikejutkan pula dengan berita Abam pergi menghadap illahi. Saya seakan bingung adakah benar berita yang saya terima ini? Semuanya, saya rapat dan pernah bekerjasama sekali, katanya. Tambah Jihan, lebih membuatkan dia pilu dengan pemergian Abam apabila mengenangkan nasib anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Apa yang membuatkan saya lebih pilu, ketika memikirkan anak dia. Bila dah jadi mak kita faham macam mana anak itu bila membesar nanti. Tak sempat nak mengenali ayahnya dan apakah dia ingat wajah ayahnya? Itu yang paling sedih,katanya.

Terdahulu, pelawak popular Abam Bocey, 32, pergi menghadap illahi di kediamannya di Gombak, Selangor jam 8.30 pagi semalam dipercayai akibat demam panas. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

: HM

Fad Muat Naik Perbualannya Bersama Achey Yang Meruntun Jiwa Di Ig. Warganet Tak Tahan Sedih Dan Merasa Sebak Dengan Perbualan Tersebut.

Kehilangan yang tidak terperi sakitnya, itulah yang kini dirasai oleh Fad dan Achey selepas pemergian Abam, yang merupakan rakan seperjuangan serta sahabat baik mereka. Dulu bertiga kini sudah tinggal berdua, kumpulan Bocey mungkin sudah tidak akan sama lagi selepas ketiadaan Abam. Trio pelawak gandingan Abam, Fad dan Achey tiada galang gantinya.

Tinggal kita dua jer chey. Menerusi IG Fad, sempat berkongsi perbualannya bersama Achey di dalam kumpulan Whatsapps yang cuma ada mereka bertiga, termasuklah Abam.

Kita jaga nama BOCEY demi Abam. Namun, kini hanya tinggal mereka sahaja di dalam tanpa ada lagi kiriman Whatsapps daripada Abam. Bagaimanapun, Fad dan Achey berjanji mahu menjaga nama Bocey sebaik mungkin.

Jauh di sudut hati mereka kini hanya tinggal kerinduan dan kenangan yang mereka cipta bersama dengan Abam ketika hayatnya masih ada.

: Fad Bocey

Tak Sangka Macam Ni Keadaan Abam Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Adiknya Ali Puteh Bongkarkan Apa Sebenarnya Yang Terjadi Sebelum Abam Disahkan Sudah Tiada.

Selepas kehilangan seorang anak pada tiga bulan lalu, Ali Puteh diuji pula dengan pem3rgian seorang abang tersayang. Walaupun perit melalui dugaan ini, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan nekad untuk meneruskan perjuangan abang dalam bidang seni dan mengambil alih tanggungjawab menyara keluarga.

Dia dah terkaku baring atas katil

Ali Puteh sempat menceritakan saat ke rumah Abam setelah dimaklumkan pelawak itu p3ngsan di dalam bilik. Apabila saya pegang kaki dia, sejuk saya tengok kuku dia pun macam lebam-lebam. Saya goyang perut dia, dia macam tak menyahut. Saya pegang kepala dia, saya goncang-goncang kepala dia. Saya cakap, Abam bangun, angah datang dengan mak ni. Kau kenapa macam ni? Dalam hati saya cakap, Abam dah tak ada. Tapi saya kuatkan juga, saya cakap Bangun, boleh bangun ni.

Kau adik aku yang hebat

Sebuah hakikat yang sukar untuk dipercayai, Ali Puteh bagaimanapun tabah menghadapi ujian Allah ini. Ali Puteh berasa terkilan kerana tidak berkesempatan untuk berborak dan meluangkan masa bersama Abam Bocey. Dia tak ada s4kit apa-apa. Cuma dia kata dalam dua hari ini dia macam d3man sikit.

Tapi malam tadi pun dia masih telefon mak saya. Last kita orang bercakap masa malam Maharaja Lawak Mega. Dia orang pertama yang p3luk saya lama-lama. Dia cakap, Kau hebat, kau adik aku yang hebat. Kau paling handal. Kau boleh kalahkan abang kau.

Kami adik-beradik kandung, bukan orang lain

Ali Puteh juga berkongsi perjalanan hidup mereka bersama keluarga sejak ayah mereka telah pergi buat selamanya pada tahun 2009. Tahun 2010 keluarga kami masih makan nasi dengan garam, daripada kita tiada apa-apa. Sehingga Abam berjaya mencari rezeki untuk keluarga dan namanya popular,

dia cakap saya akan mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni. Terlalu banyak pengalaman saya dengan dia. Kami adik-beradik kandung, bukan orang lain. Dia sorang saja abang yang saya ada. Dia segala-galanya bagi saya.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

ohbulan

Bersahabat dan menempa kejayaan bersama, sudah tentu pemergian Abam telah merentap jiwa Achey dan Fad, bayangkanlah sepanjang berada dalam industri jatuh bangun mereka sentiasa bersama. Masih berduka dengan pemergian Abam, Achey menerusi IG sempat berkongsi ucapan hari lahirnya buat Abam pada tahun lepas, membuatkan ramai yang berasa pilu.

Kalau aku dah tak ada nanti tolong uruskan aku. Itulah yang pernah dinyatakan oleh Abam kepada Achey, namun tiada siapa pernah menyangka bahawa apa yang dikatakan telah pun menjadi satu kenyataan. Menurut Achey, kata-kata Abam itu dulu hanya dianggap sebagai gurauan baginya sehinggalah ke hari ini, barulah dia menyedari bahawa itu adalah amanat daripada Abam buat dirinya.

Telah Aku tunaikan bam, walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan

Semoga kita kekal sampai bila bila Balasan komen daripada Abam telah menarik perhatian peminat yang tersentuh melihat persahabatan Abam, Achey dan Fad, keikhlasan hati mereka dalam bersahabat cukup indah.

: Achey

Fad Tak Tidur Tidur. Asyik Duk Ulang Yang Abam Dah Tak Ada. Isteri Muat Naik Derita Fad Bocey Di Jepun. Terkilan Tak Dapat Tunaikan Permintaan Terakhir Abam.

Seperti suatu mimpi buruk buat dua sahabat Fad dan Achey Bocey apabila dikhabarkan kepada mereka bahawa teman akrab mereka Abam Bocey kembali ke Rahmatullah. Lebih memilukan apabila Fad yang kini berada di Jepun kerana sedang bercuti dengan keluarga tidak dapat menatap wajah sahabatnya kerana masih berada di negara matahari terbit itu.

Takut bangun pagi. Disebabkan pemergian Abam juga, Fad seakan tidak senang duduk di Jepun apabila kelihatan sedih dan gelisah menanti waktu untuk mereka sekeluarga pulang ke Tanah Air. Sebentar tadi, isteri Fad telah memuat naik perbualannya dengan isteri Achey menerusi aplikasi Whatsapp apabila menyatakan rasa takut ketika bangun daripada tidur kerana pada hari pemergian Abam, mereka mendapat berita pada awal pagi.

Semua serba serbi tak kena. Syaheeraa Rahman turut memuat naik gambar suaminya Fad yang tidak boleh tidur dan dalam keadaan resah sehinggalah tertidur di luar bilik memikirkan mengenai sahabatnya yang telah pergi.

Fad dalam perjalanan pulang. Buat masa ini, Fad dan keluarga sudah berada di lapang terbang di Jepun bagi perjalanan pulang ke Tanah Air bagi menuju ke pusara Abam.

Semoga urusan Fad dan keluarga dipermudahkan agar dapat menziarahi rumah baru Abam dan juga menyantuni keluarganya di kediaman pelawak itu.

: Fad Bocey, Syaheraahman


SUMBER : metro.allnws.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...