EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita menang saman terhadap rakan selepas tidak puas hati diketepikan dari jadi pengapit

0 month ago, 10-May-2022

Gara-gara tidak berpuas hati diketepikan daripada menjadi pengapit untuk majlis persandingan rakan, seorang wanita berjaya memenangi saman sebanyak 656 (RM3,527) yang difailkan terhadap rakannya itu.

Memetik Mirror UK, wanita tersebut mendakwa dia disuruh menarik diri daripada menjadi pengapit selepas didapati memotong rambut dan tidak mengikut tema spesifikasi ‘bridesmaid’.

Dilaporkan, wanita berkenaan tidak berpuas hati kerana diminta untuk menarik diri 3 hari sebelum majlis sedangkan dia sudah memaklumkan rancangannya kepada pengantin 2 minggu sebelum dia memotong rambut.

Menurut wanita itu, dia mengalami masalah kesihatan yang menyebabkan rambutnya gugur dengan banyak sebelum membuat keputusan untuk memotong rambut.

Katanya, respon rakannya amat tidak membantu dan dengan kasar meminta dia untuk ‘tarik diri dari menyertai perkahwinan saya’.

Ekoran tindakan tersebut, dia telah menghantar invois kepada pasangan pengantin itu dengan menyatakan harga 3 busana berbeza serta upah ubah suai (alterations), dan kasut-kasut yang telah dibeli menggunakan duit poketnya sendiri untuk majlis itu.

Apabila invois tersebut tidak diendah, wanita tersebut membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Perbicaraan di mahkamah memberi peluang untuk kami berdua menceritakan sisi masing-masing.

“Saya tunggu, dan tunggu. Pada 5 Mei saya dapat keputusan. Saya menang! Dia telah diarah untuk membayar saya 656 (RM3,527) untuk baju-baju dan kasut,” katanya.

Baca juga: Boleh ke puasa enam dan puasa ganti serentak? Ini penjelasannya





Live Website Traffic


loading...