EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Kongsi Trik Baiki Baju Yang Terkena Tisu Dalam Mesin Basuh

0 month ago, 07-Apr-2021

Pernah tak pakaian sudah berpusing dalam mesin basuh, kamu baru teringat ada tisu tertinggal di dalam poket pakaian?

Memang tak dinafikan ramai orang mengalami situasi yang sama iaitu terlupa untuk keluarkan tisu daripada poket sebelum membasuh.

Bila lihat setiap pakaian melekat dengan cebisan tisu dan berusaha untuk tanggalkan satu-satu boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa marah dan hilang sabar.

Tapi kamu jangan risau kerana seorang wanita telah berkongsi trik untuk menyelesaikan masalah ini dan menjadikan pakaian kamu elok seperti sebelumnya.

Suami wanita ini tak sengaja masukkan sekotak tisu dalam mesin basuh

Menurut Metro, seorang wanita telah memuat naik di Facebook mengenai pakaiannya yang dibasuh terkena tisu kerana suaminya tak sengaja memasukkan sekotak tisu ke dalam mesin basuh.

Hasilnya, kesemua pakaian termasuk pakaian anak mereka turut terlekat dengan cebisan tisu-tisu yang sudah hancur.

Foto The Shop at KonMari / Metro.co.uk

Melihatkan perkongsian tersebut, ada seorang pengguna Facebook yang lain berkongsi trik untuk tanggalkan cebisan tisu daripada pakaian menggunakan aspirin.

Mencuba cadangan pengguna itu, wanita tersebut telah mencuba dan mendapati trik tersebut menjadi dan berkesan.

Guna aspirin sebagai jalan penyelesaian

Ketika menggunakan trik tersebut, wanita itu telah membahagikan pakaiannya kepada 2 bahagian. Setiap bahagian tersebut menggunakan 8 aspirin sebelum dicuci semula.

IKLAN

Gunakan 8 aspirin semasa mencuci dapat mengeluarkan cebisan tisu sebanyak 70% sebelum meletakkan pakaian tersebut di pengering.Sambil-sambil itu, bersihkan penapis mesin basuh setiap 15 minit sehingga cebisan tisu itu hilang.

Foto Market Watch

Kalau kamu nak tahu, aspirin merupakan satu agen yang bagus digunakan untuk membuang cebisan tisu tanpa merosakkan pakaian.

Malah jika kamu tidak mempunyai aspirin, kamu boleh mengantikannya dengan soda bikarbonat kerana ia mempunyai fungsi yang sama.

Hanya 5 langkah yang mudah sahaja!

Untuk membaiki pakaian seperti sediakala, kamu boleh membetulkannya dengan cara:

  • Langkah 1: Goncangkan pakaian kamu untuk keluarkan cebisan tisu yang besar dan bahagian pakaian kepada beberapa bahagian kecil.
  • Langkah 2: Masukkan pakaian ke dalam mesin basuh semula dan letakkan aspirin sekurang-kurangnya 4 untuk setiap bahagian.
  • Langkah 3: Masukkan secawan cuka ke dalam setiap bahagian dan basuh menggunakan air suam.
  • Langkah 4: Jika pakaian masih terlekat sisa tisu, masukkan pakaian tersebut ke dalam pengering.
  • Langkah 5: Bersihkan penapis setiap 15 minit sehingga tiada lagi tisu pada pakaian kamu.

Selain membuang cebisan tisu, kamu juga boleh gunakan aspirin untuk menghilangkan bekas peluh pada pakaian terutamanya pakaian berwarna putih.

Foto The Spruce

Caranya:

  • Ambil 1 aspirin dan hancurkan sehingga menjadi serbuk.
  • Campurkan dengan air suam dan sebatikannya.
  • Sapu campuran tersebut ke bahagian bekas peluh pada pakaian.
  • Biarkan selama beberapa jam dan kemudian masukkan ke dalam mesin basuh.

Senangkan caranya untuk membuang tisu yang melekat pada pakaian? Kalau sebelum ini kamu terpaksa buang satu-satu cebisan daripada setiap pakaian, selepas ini cuba gunakan trik ini pula.

Selamat mencuba!

RUJUKAN: 1, 2, 3



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...