www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Wanita ini habiskan masanya mencari harta karun berwarna-warni dan berusia lebih 200 tahun di laut! Menariknya!

0 month ago, 13-Jan-2019


Pencarian harta karun merupakan salah satu aktiviti yang menyeronokkan namun ianya memerlukan usaha yang jitu dan kesabaran yang tinggi!

Bukan semua orang akan mendapat tuah sewaktu menyertai misi pencarian harta karun. Tetapi tidak bagi individu ini yang sanggup menghabiskan kebanyakan masanya untuk mencari pelbagai bentuk khazanah semula jadi terutamanya yang boleh didapati di tepi pantai.

"Saya menghabiskan banyak masa berada di pantai dan mencari sesuatu yang boleh dijadikan sebagai barangan kemas yang bertemakan laut. Saya bukan setakat mencari terumbu karang dan cengkerang tetapi juga perkara lain seperti kaca dan tembikar".

Menurutnya lagi, salah satu penemuan yang paling membanggakan pernah diperolehinya adalah botol Maraschino (sejenis arak) berusia 200 tahun yang masih berada dalam keadaan sempurna! Dipercayai botol berkenaan berasal dari Empayar Austro-Hungary.

"Selepas menemuinya, saya membawanya ke Istana Cosmacendi yang merupakan tempat asal pembuat botol berkenaan dan kini ianya berada di Muzium Kaca Purba! Ia bukan sekadar penemuan yang hebat tetapi juga botol yang tidak pernah dibuktikan kewujudannya".

Jelasnya lagi, dia gemar menghasilkan barangan kemas daripada serpihan sejarah bagi menjadikannya istimewa dan luar biasa.

Anda boleh lihat koleksi penemuan berharga yang sungguh mengujakan ini. Pasti anda juga tidak terlepas daripada mengagumi kegigihan wanita ini...

#1 Cengkerang mini yang comel!

#2 Botol Cosmacendi Maraschino berusia 200 tahun

#3 Ungu adalah salah satu kaca yang sangat jarang ditemui! Cantiknya~

#4 Botol minyak wangi ini pun unik dan cantik juga bukan?

#5 Beberapa lagi botol yang ditemui Maristella

#6 Penemuan tembikar berusia lebih 100 tahun

#7 Serpihan kaca berwarna biru yang menakjubkan!

#8 Cantik-cantik dan sempurna sungguh!

#9 Serpihan pinggan Perancis pada tahun 1860-an

#10 Tekstur cantik pada bahagian bawah botol kaca

:Bored Panda

Wanita ini habiskan masanya mencari harta karun berwarna-warni dan berusia lebih 200 tahun di laut! Menariknya! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts