EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wanita Yang Kaya Dengan Maki Hamun, Seperti Diamuk Jin & Iblis Fedtri Yahya

0 month ago, 17-Sep-2020

Tular beberapa video di media sosial mengenai wanita yang bersikap kasar bermaki hamun, pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya turut meluahkan rasa sedih.

Bukan sahaja video yang membabitkan influencer atau usahawan yang viral akhir-akhir ini, malah sebelum ini pun terdapat ramai wanita yang mempunyai kedudukan dan kemewahan ini seperti tidak reti lagi menghormati orang lain.

BACA : [VIDEO] Hei Babi, Lahanat, Anak Haram Usahawan Kecantikan Sombong & Tiada Adab

BACA : Founder Kecantikan Mengamuk Tak Dibenarkan Masuk IKEA, Pengawal Kena Maki

Memberi kesan buruk kepada wanita

Menurut Fedtri, sikap sedemikian boleh memberikan kesan buruk kepada kaum wanita dan masyarakat.

Dah terbiasa dalam lingkungan wanita baik-baik, rasa sedih pulak tengok wanita yang kaya dengan maki hamun sumpah seranah seperti diamuk jin dan iblis.

Beliau turut menasihati dan mengingatkan bahawa rezeki boleh menjadi sempit sekiranya terus menerus bersikap sedemikian serta wanita merupakan seorang ibu yang yang sering menjadi contoh.

Rezeki akan sempit dengan api kemarahan.

Dunia akan gelap dengan ibu yang lancang kerana ibu adalah madrasah mulia.

“Wanita Yang Kaya Dengan Maki Hamun, Seperti Diamuk Jin & Iblis” – Fedtri Yahya Bawang Rangers.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...