EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Kena Jadi Bodoh Sikit Untuk Pikat Lelaki? Netizen Bidas Pendapat Prof Muhaya

0 month ago, 09-Jun-2021

Baru-baru ini, Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad menjadi perhatian ramai apabila satu perkongsiannya berkaitan isu kenapa wanita lambat dapat jodoh mengundang kecaman netizen.

Menerusi satu potongan video dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, kenyataan Profesor Dr Muhaya berkaitan sifat wanita yang perlu kelihatan lemah-lembut dan kurang bijak dihadapan lelaki menimbulkan rasa kurang senang netizen.

weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP

mouse (@emptyshadoww) June 8, 2021

Malah, kenyataan Prof Muhaya itu juga turut mendapat perhatian Dr Amalina Che Bakri yang kesal dengan tanggapan sebegitu seolah penghinaan terhadap wanita.

Dr Amalina merasakan mesej yang diberikan kurang tetap kerana wanita tidak sepatutnya merendahkan pengetahuan atau memperlihatkan diri mereka kurang bijak supaya boleh bertemu jodoh.

Im sorry but my mum didnt raise me to be bodoh-bodoh sikit in front of men so that I can bertemu jodoh. You are sending the wrong message to girls and young women. Women should definitely not lower their intellectual level just so that they can attract a man. https://t.co/xc0G7GsV3O

Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) June 8, 2021

Sementara itu rata-rata netizen turut meninggalkan komen tidak bersetuju dengan pakar motivasi tersebut.

Bagaimanapun, ada yang mengatakan ramai yang salah faham dengan penerangan Prof Muhaya yang mungkin mahu mengatakan bahawa perempuan perlu merendahkan ego mereka kerana lelaki adalah seorang pemimpin dan imam.

SUMBER: Twitter



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...