EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Berdiri Di Balkoni Tanpa Seurat Benang, Demi Publisiti Website Porno Israel

0 month ago, 06-Apr-2021

Baru-baru ini tersebar foto dan video sekumpulan wanita bertelanjang bulat di balkoni sebuah kediaman ditengah bandar Dubai, berikutan hal itu pihak polis Dubai bertindak memberkas individu yang terlibat dan menyiasat kegiatan yang dilakukan mereka.

Perbuatan tidak senonoh itu menaikan amarah penduduk United Arab Emirates (UAE, apatah lagi perbuatan seperti itu menunjukan bahawa mereka tidak memandang serius terhadap undang-undang di negara mereka.

Bogel Untuk Publisiti Website Porno Israel

Foto Daily Mail

Dipetik dari Ladbible,Pengarah dan Pengasas Tahanan di Dubai Radha Stirling menyatakan organisasinya mendapat maklumat bahawa aksi yang dilakukan itu adalah untuk publisiti pornografi website Israel.

Dan jika maklumat yang dikongsikan itu adalah benar, mereka yang terlibat akan disaman dan dikenakan hukuman penjara di negara tersebut.

15 Model Porno Terlibat

Foto Daily Mail

Dipetik dari Daily Mail, difahamkan seramai 15 orang model yang terdiri dari pelbagai warganegara terlibat dalam publisiti pornografi tersebut dan kini kesemua individu tersebut dalam tahanan polis Dubai.

Dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh pihak polis Dubai serta hukuman akan dijatuhkan mengikut kesalahan yang dilakukan mereka.

IKLAN

Polis Dubai Ambil Tindakan Tegas

Foto Twitter Dubai Police

Pihak polis Dubai memberi amaran tegas, bahawa perbuatan sedemikian tidak boleh diterima dalam nilai dan etika masyarakat Emirates.

Tambahan lagi, pihak polis Dubai mengeluarkan dua artikel undang-undang bagi menunjukan betapa seriusnya isu aktiviti pornografi yang dijalankan secara umum di Dubai.

Polis Dubai mengeluarkan Artikel 361 Kanun Keseksaan Persekutuan Negara, Sesiapa saja secara yang menyanyi, terlibat dalam ucapan lucah dan sesiapa saja menggoda orang lain secara terbuka akan dikenakan hukuman tahanan selama enam bulan dan didenda tidak lebih dari 5,000 Dirham atau dikenakan salah satu dari dua penalti.

Dan Artikel 17 dalam hukuman jenayah siber UAE, akan menghukum sesiapa saja yang menghasilkan, menyebarkan dan mengeksploitasi menerusi laman elektronik perjudian dan/atau bahan berunsur pornografi atau mana-mana bahan yang mungkin prejudis moral masyarakat umum.

Sesiapa saja yang mengasaskan, mengoperasikan atau memantau selia laman elektronik dan/atau transmit, menghantar atau menyebarkan bahan bersumber pornografi akan di hukum dengan tahanan penjara dan didenda tidak kurang daripada 250,000 Dirham dan tidak lebih daripada 500,000 Dirham.

United Arab Emirates Miliki Undang-Undang Ketat

Foto Dubai

Kenyataan dan akta undang-undang yang dikeluarkan oleh pihak polis Dubai menerusi laman akaun Twitter, menunjukan bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan peraturan yang ketat.

Apatah lagi, pihak polis dan masyarakat Dubai sendiri sangat memandang serius mengenai isu-isu perbuatan dan aktiviti tidak bermoral yang dijalankan di negara mereka.

Rujukan: 1, 2,



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...