EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wanita Ini Berani Pilih Tembok Dinding Warna Gelap, Tapi Ini Hasilnya

0 month ago, 13-Oct-2021

Profil taman
Pemilik: Scarlette Lee Suyin
Lokas: Subang Jaya
Jenis kediaman: Semi-D
Keluasan taman: 1,800 kaki persegi
Konsep taman: Tropika
Tempoh taman: 4 tahun

Dinding atau tembok pagar yang menggunakan batu bata merah memang menjadi idaman ramai. Namun tidak bagi pemilik kediaman yang terletak di Subang Jaya. Ilmu dan kemahiran seni yang dimiliki diguna pakai untuk menata hias laman.

Untuk mengurangkan kerja-kerja penyelenggaraan, pemilik lebih gemar memilih gabungan harmoni pelbagai tekstur tanaman hijau pelbagai tekstur menghias latar kediaman. Rugi besar apabila paduan kehijauan tidak dapat dilihat denagn sempurna.

Jadi pemilik mengambil langkah berani untuk mengecat tembok pagar batu bata merah yang berukuran 2.5 meter ini dengan warna gelap untuk menonjolkan lagi rona hijau dan tekstur tanaman. Warna yang dipilih adalahblue nightatau ada yang sinonim dengan namanight sky.

Kenapa dalam banyak-banyak warna gelap, biru kekelabuan ini menjadi pilihan? Sebaiknya hitam adalah padanan terbaik. Namun pemilik khuatir, warna hitam akan meninggalkan kesan capukkan atauwatermark.Jadi, laman pemilik lebih mudah kelihatan kotor.

 

Wanita Ini Berani Pilih Tembok Dinding Warna Gelap, Tapi Ini Hasilnya IMPIANA.



SUMBER : impiana.my



Live Website Traffic


loading...