www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Wanita UMNO Bantu Mangsa Pencemaran Sisa Toksik

0 month ago, 16-Mar-2019


KUALA LUMPUR 16 Mac – Pergerakan Wanita UMNO hari ini meluangkan masa melawat serta menyampaikan bantuan kepada sukarelawan dan mangsa pencemaran sisa toksik di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor di sini.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, lawatan itu merupakan tanda keprihatinan Pergerakan Wanita UMNO bersama ahli Parlimen pembangkang lain bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

Wanita UMNO juga ingin mengajak semua pihak agar mengambil segala langkah sepatutnya serta menyeru semua pihak supaya sama-sama berdoa agar krisis pencemaran di SUngai Kim Kim, Pasir Gudang yang memudaratkan kesejahteraan penduduk kembali pulih seperti sedia kala, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noraini yang juga Ahli Parlimen Parit Sulong berkata, antara bantuan yang dihulurkan kepada mangsa seperti makanan, minuman dan barangan kesihatan. – UTUSAN ONLINE




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts