EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Walaupun ditertawakan, lelaki ini rasa bertanggungjawab untuk cuci taman permainan demi elak jangkitan koronavirus

3 month ago, 10-Feb-2020

Insan yang baik dan bertanggungjawab bakal membina masyarakat yang tidak mementingkan diri sendiri dan sentiasa bersedia untuk berbakti semula kepada masyarakat. Sudah pasti ia merupakan satu nilai yang sukar untuk kita lihat pada hari ini.

Tetapi, masih ada lagi insan berjiwa murni yang sanggup melakukan sesuatu demi kebaikan bersama, seperti lelaki ini, Mustaqim Kumar Abdullah Sooria yang berkongsi kisahnya di laman Facebook menerusi akaun peribadinya.

Menurutnya, pada pagi 8 Februari lalu, dia ditertawakan oleh orang ramai kerana dilihat membasuh taman permainan kanak-kanak di sekitar kawasan U8, Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tujuan Mustaqim mencuci taman permainan berkenaan adalah disebabkan mahu menjamin kebersihan peralatan permainan di taman tersebut berikutan bimbang ia dijangkiti dengan novel koronavirus.

Mana tidaknya, golongan kanak-kanak dilihat mudah dijangkiti dengan bermacam jenis penyakit. Oleh yang demikian, Mustaqim berasa terpanggil untuk melakukan sesuatu tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Jika difikirkan, tindakan Mustaqim itu wajar mendapat penghargaan dan pujian daripada penduduk sekitar kerana ia ternyata membawa kebaikan kepada penduduk itu sendiri, khasnya kepada kanak-kanak yang bermain di situ.

Tambahnya lagi, dia melakukannya secara sukarela dengan niat untuk membantu penduduk di kawasan Bukit Jelutong dengan harapan agar orang ramai tidak memandang rendah kepada wabak koronavirus berkenaan.

Tidak pasti pula mengapa usaha murni itu ditertawakan oleh sesetengah individu. Sehingga kini, perkongsian Mustaqim telah menerima lebih 16,000 reaksi daripada warga Facebook yang rata-rata memujinya.

Mungkin mereka tidak berupaya untuk bezakan benda yang baik dan buruk?

Betul, sepatutnya mereka sama-sama membantu...

Mustaqim Kumar Abdullah Sooria/Facebook

Apa-apa pun, semoga usaha murni Mustaqim tidak terhenti di sini dan mudah-mudahan kita semua turut mendapat iktibar dan mencontohi perkara yang baik sebegini. Sama-samalah kita menjaga harta awam dan jaga kebersihan juga ya!

Walaupun ditertawakan, lelaki ini rasa bertanggungjawab untuk cuci taman permainan demi elak jangkitan koronavirus Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...