EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Walau berdepan tuduhan seksual, Syed Iqmal tak nak lepaskan gelaran Dai

0 month ago, 06-Apr-2021

Tampil dengan produk makanan sendiri, pendakwah selebriti Syed Iqmal nafi menggunakan kesempatan untuk melariskan perniagaan selepas namanya menjadi perhatian ramai.

Menurut laporan mStar Online, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu sudah lama menjual makanan hasil tangan ibunya itu sejak empat tahun lalu.

Tiada istilah saya ambil kesempatan dengan isu yang melanda. Ibu dah biasa buat cookies dan saya selalu bawa serta jual ketika membuat ceramah di universiti.
Orang yang sokong dan nak jadi stokis pun ramai. Bukan untuk saya sendiri sahaja bahkan nak bantu orang lain berniaga, kongsi rezeki,katanya.

Selain itu, walaupun namanya pernah tercalar disebabkan kontroversi atas tuduhan seks luar tabii dan mencabul, lelaki berusia 26 tahun itu tetap akan menggunakan gelaran Dai.

Syed berpendapat, Dai yang membawa maksud pendakwah sesuai digunakan untuk setiap individu seperti wartawan atau penyanyi untuk menyebarkan dakwah mengikut cara tersendiri.

Saya masih mengekalkan nama Dai kerana membawa maksud dakwah. Setiap individu berdakwah dengan cara masing-masing.
Peranan itu bukan hanya terhad dengan tazkirah dan ceramah semata-mata sebaliknya ia juga boleh disebarkan menerusi kebaikan,ujarnya.

: mStar Online (Nur Asyikin Mayudin)



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...