www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Wakil Rakyat PH Tidak Boleh Ditegur, Dihalang

0 month ago, 16-Mar-2019


KUALA LUMPUR 16 Mac – Wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) mungkin tidak boleh ditegur dan dihalang jika jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bukan dalam kalangan Ahli Parlimen pembangkang.

Kemungkinan itu berpotensi berlaku kerana tindakan semak dan imbang yang berkesan tidak dapat dilakukan bagi mengekang ketirisan dan salah guna kuasa.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan secara uniliteral mengekalkan Ahli Parlimen Beluran sebagai Pengerusi PAC jelas bertentangan dengan janji PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Andai kata masih terus disandang oleh `orang sendiri, PH dikhuatiri tidak mendapat apa-apa manfaat selain `persepsi demi persepsi.

Oleh itu, saya menggesa Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) mengkaji semula keputusan beliau lebih-lebih lagi apabila dua Ahli Parlimen PH (Nurul Izzah Anwar dan Hannah Yeoh) turut membuat kenyataan supaya Pengerusi PAC disandang oleh wakil pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir pada sidang akhbar berkata, Ronald tidak perlu meletak jawatan sebagai Pengerusi PAC walaupun jawatan itu untuk Ahli Parlimen pembangkang kerana ia tidak membabitkan dasar dalam kerajaan dan sebahagian daripada perlembagaan. – UTUSAN ONLINE




SUMBER : umno-online.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts