EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Wajib Rebut! Miliki Pelbagai Produk Wardah Dengan Harga Berbaloi Sempena Super Brand Day Di Shopee

0 month ago, 19-Nov-2020

Banyak sebenarnya perkara yang boleh menjejaskan hari-hari anda. Apabila kerja yang dilakukan hanya dipandang sepi bos, apabila makanan kegemaran anda tiba-tiba tak rasa sedap seperti selalu, apabila teman lelaki mahupun bff buat perangai, memang beremosi betul!

Tapi yang paling membuatkan anda rosak mood terus ialah apabila produk penjagaan kulit tiba-tiba meragam sehingga menjejaskan wajah anda. Geram sahaja bila lihat wajah anda mula dihiasi dengan pelbagai anasir jahat seperti jerawat dan bintik hitam. Hailah nasib..

A picture containing person, person, phone, cellphone Description automatically generated

Tak tahu lah kalau anda tahu ke tidak, tapi ada sahaja produk penjagaan wajah yang sebenarnya sangat memahami kemahuan para wanita selain mempunyai ilmu yang banyak mengenainya. Nak tahu tak produk apa?

Pernah dengar tak Wardah? Yes! Produk pertama yang disahkan halal dan dicipta sesuai untuk para wanita yang mementingkan kandungan bahan yang meyakinkan dan baik untuk wajah. Bukan sahaja halal, malah ia juga menggunakan bantuan kemurnian alam bagi melahirkan produk berkualiti tinggi.

Wardah juga merupakan penyokong wanita sejati dan menghargai setiap daripada anda yang berada di luar sana. Sebab itulah mereka memastikan semua wanita mencintai diri sendiri dan secara tak langsung melahirkan kecantikan diri yang bersinar.

wardah super brand day

Takut mahal dan terpaksa beli setiap satu dengan nilai yang tinggi? Jangan khuatir kerana Wardah bakal mengadakan promosi Super Brand Day di Shopee pada 19 hingga 21 November ini bagi produk terpilih istimewa untuk para wanita yang mementingkan penjagaan wajah mereka.

wardah super brand day

Hari Pertama (19 November): Promosi Power Duo

Diskaun 40% untuk Mask Vitamin C, eksklusif hanya di Shopee dan di Malaysia!

Mask merupakan antara item penjagaan wajah yang sangat penting tahu. Tapi harga sekeping mask pun dah boleh kosongkan beg duit, macam mana nak amalkannya selalu kan? Sebab itulah anda perlu beli Wardah Nature Daily Sheet Mask Vit C ketika promosi ini.

Bayangkan jikalau anda pre-order 10 keping Wardah Nature Daily Sheet Mask Vit C di Shopee, anda boleh mendapatkannya sekali dengan 40% diskaun (harga jatuh kepada RM40 sahaja berbanding harga asal RM68). Jarang-jarang berlaku tahu!

Nak tak nak, serum sebenarnya adalah produk yang kini menjadi rebutan ramai bagi memastikan kulit wajah yang bersih dan berseri. Anda juga boleh menjadi seperti orang lain dengan membeli Wardah C-Defense Serumyang bertindak mencerahkan selain melembutkan kulit wajah dek kandungan yang baik di dalamnya.

Murah sangat! Beli 2 C-Defense Serumini dan anda layak menerima diskaun sebanyak 30% (harga jatuh kepada RM44.60 sahaja berbanding harga asal RM63.80).

wardah super brand day

Tak cukup dengan itu, anda boleh dapatkan Sunscreen Gel SPF 30 keluaran Wardah yang bagus dalam melindungi kulit wajah anda daripada terjejas dek sinaran matahari yang terik dengan harga yang sangat berbaloi. Menerusi promosi ini, anda boleh memiliki 3 Sunscreen Gel SPF 30 dengan potongan harga sebanyak 25% (harga jatuh kepada RM27 sahaja berbanding harga asal RM36). Wow!

Seterusnya, anda boleh membeli mana-mana 2 Lip Mousse daripada Wardah dengan harga RM38 dan dengan pembelian tersebut, anda layak untuk menerima lip balm secara percuma sahaja. Cepat-cepat kerana hanya terdapat 400 lip balm yang boleh ditebus!

wardah super brand day

Hari Kedua (20 November): Pelancaran semula produk skincare dan make-up Lightening

wardah super brand day

Diskaun 30% untuk Lightening Whip Facial Foam Cleanser, eksklusif hanya di Shopee!

Pencuci wajah juga merupakan satu produk penjagaan wajah yang wajib dimiliki oleh semua kan? Di kesempatan ini, anda boleh membeli promosi bundle iaitu 2 Wardah Lightening Whip Facial Foam Cleanser dengan diskaun 30% (harga jatuh kepada RM17.30 sahaja berbanding harga asal RM24.80).

Selain itu, promosi ini turut menawarkan tawaran yang mengujakan kerana dengan setiap satu pembelian Wardah Lightening Two Way Cake , anda akan menerima satu lagi produk tersebut secara percuma.

Lagi pula, anda boleh membeli mana-mana produk di bawah rangkaian Lightening sebanyak RM22 dan ke atas untuk melayakkan anda mendapat Wardah 1 Day Cream 17 ml bernilai RM10.40 secara percuma sahaja.

wardah super brand day

Hari Ketiga (21 November): Pelancaran Crystallure

Diskaun hingga 40% untuk pelancaran awal Crystallure, eksklusif hanya di Shopee!

Dengan promosi yang ini, anda boleh pre-order mana-mana produk di bawah rangkaian Crystallure dengan potongan harga sebanyak 40%. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membeli pelembap Crystallure, anda juga akan menerima 1 Wardah Booster Essence 6ml percuma.

Wardah juga terkenal kerana sikap pemurahnya. Disebabkan itu, sekiranya anda membeli kesemua 7 produk di bawah rangkaian Crystallure, anda bukan sahaja akan dapat diskaun sebanyak 40% malah layak untuk memiliki 2 Wardah Booster Essence 6ml secara percuma selain tambahan RM10 potongan harga. Banyak betul kelebihannya kan?

Kalau anda membeli Crystallure Best of the Best Kit (mengandungi 2 Wardah Booster Essence dan Oil Serum) pula, anda akan menerima 40% diskaun dan 1 Wardah Booster Essence 6ml percuma serta RM10 diskaun lagi. Fuh! Tak boleh dilepaskan peluang ini.

wardah super brand day

Bukan sahaja promosi yang hebat dan berbaloi ini, anda juga berpeluang memenangi banyak hadiah lumayan daripada Wardah sempena Super Brand Day ini. Beruntungnya anda kerana boleh mendapat produk dengan harga murah, malah ada kesempatan untuk memenangi kamera Fujifilm Instax Square SQ1 yang berharga RM588 selain baucar Shopee Wardah bernilai RM100.

wardah super brand day*tertakluk kepada terma dan syarat

Selain itu, jangan lupa untuk follow Wardah Official Storedi Shopee untuk berpeluang menikmati baucar diskaun hingga 50% yang menakjubkan ini.

wardah super brand day

Cepat tanda kalendar anda dan tetapkan alarm supaya mengingatkan anda mengenai promosi hebat di Wardah Official Storesempena Super Brand Day ini.

Selamat bershopping!





Live Website Traffic


loading...