EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wajah Terpaksa Dijahit, Pengacara Fedtri Yahya Terlibat Kemalangan

0 month ago, 17-Sep-2020

Pengacara dan personaliti TV, Fedtri Yahya dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan dan telah selamat menjalani pembedahan pada malam tadi.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh isterinya sendiri, Anati Ismail menerusi platform media sosial milik personaliti terbabit iaitu menerusi Twitter dan Instagram.

Anati turut memohon doa orang ramai supaya suaminya itu segera sembuh dan dipermudahkan urusan. Dalam pada itu, dia turut menjelaskan bahawa Fedtri telah mengalami kecederaan di bahagian wajah dan muka suaminya itu terpaksa dijahit.

Advertisement
View this post on Instagram

Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi. Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya. ?

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Dalam entri instagram milik Fedtri memaparkan pengacara tersebut dalam keadaan lemah dipercayai berada di sebuah pusat perubatan kesihatan.

Namun begitu, tiada perincian mengenai kemalangan yang dialami Fedtri telah dimaklumkan oleh isterinya itu.

View this post on Instagram

Secara langsung Kayuhan Hari Malaysia MHI

Advertisement

A post shared by Ahmad Fedtri Yahya (@fedtriyahya) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat serta rakan artis tampil mengucapkan takziah dan mendoakan kesejahteraan serta kesihatan Fedtri Yahya agar cepat sembuh seperti sedia kala.


SUMBER : beautifulnara.com

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...