[WACANA SINAR] DNAA: DILEMA KEPUTUSAN PENDAKWA RAYA
0 month ago, 19-Sep-2023
Powered by Restream https://restream.io[WACANA SINAR] DNAA: DILEMA KEPUTUSAN PENDAKWA RAYA Keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menimbulkan polemik dan debat panjang dalam kalangan orang ramai, terutamanya para pemerhati dan peminat politik negara.Pelbagai sudut pandang melingkari perbahasan tentang isu ini antaranya persoalan benarkah wujud campur tangan eksekutif dalam perundangan, keperluan memisahkan kuasa Peguam Negara dengan Pendakwa Raya, malah tidak kurang yang mengungkit keputusan-keputusan DNAA lalu membabitkan tokoh-tokoh lain.Di manakah kebenaran dalam isu DNAA ini? Apa langkah ke hadapan bagi menambah baik perundangan negara? Bagaimana kita harus bersikap dalam menanggapi isu-isu sebegini?.Ikuti perbincangan topik ini dalam Wacana Sinar Harian siri 413 bertajuk "DNAA: Dilema keputusan Pendakwa Raya", SEKARANG di semua platform digital Sinar Harian.Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen!Facebook: https://www.facebook.com/sinarharianYoutube: https://www.youtube.com/@sinarharianofficialTwitter: https://twitter.com/SinarOnlineTikTok: https://www.tiktok.com/@sinarharianonline#SinarHarian #WacanaSinar