EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Wabak influenza semakin tular!

6 month ago, 15-Jan-2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja berita yang membabitkan pesakit yang dijangkiti virus influenza ini. Lebih malang lagi dan besar ujiannya, bayi dan kanak-kanak adalah berisiko tinggi untuk dijangkiti virus ini.

Namun, perkara ini harus di ambil berat oleh semua pihak untuk mencegahnya. Ibu bapa juga harus cakna tentang kesihatan anak-anak mereka.

Sejauh mana kita faham tentang apa itu virus tersebut? Ini yang kita perlu tahu info tentang influenza.

Influenza adalah jangkitan virus pada hidung, tekak dan paru-paru yang mudah berjangkit dan merebak melalui udara. Di negara tropika seperti Malaysia, virus ini lebih mudah tersebar dari bulan Oktober hingga Januari dan April hingga Jun setiap tahun.

Foto Kredit: @nihmalaysia

Virus influenza secara umumnya terbahagi kepada beberapa kategori sebagai influenza A, B dan C.

Apakah pula perbezaan antara ketiga-tiga virus ini?

Influenza A: Virusnya sangat berbahaya dan ia boleh menjangkiti manusia dan haiwan.

Influenza B: Tidak pandemik. Ada kalanya tidak teruk dan juga boleh jadi berbahaya. Ini kerana ia boleh menjangkiti manusia dan kesannya pula berubah-ubah.

Influenza C: Tidak epidemik, boleh menjangkiti manusia dan jarang berlaku.

Cara elak dari dijangkiti

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, vaksin influenza perlu diambil setiap tahun kerana beberapa faktor. Berikut adalah faktornya:

Struktur virus influenza berubah setiap masa.

  1. Formulasi vaksin influenza dikemaskini oleh WHO setiap tahun.
  2. Formulasi ini mengikut kesepadanan vaksin dengan virus yang diunjurkan menular setiap musim.

Selain dari vaksin anda boleh amalkan perkara berikut untuk elakkan diri dari dijangkiti:

  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai seperti pusat membeli-belah.
  • Basuh tangan dengan sabun.
  • Pastikan tangan bersih bila pegang mata, mulut atau hidung.
  • Tutup mulut ketika batuk dan bersin.

Tanda-tanda terkena jangkitan

Biarpun setelah bertahun-tahun masyarakat kita didedahkan mengenai influenza, namun masih ada yang tidak dapat membezakan antara selesema dengan jangkitan influenza. Jika individu ada gejala seperti berikut, dapatkan rawatan dengan segera. Ini antara tanda-tandanya:

  • Demam berpanjangan
  • Selesema berpanjangan
  • Batuk berpanjangan
  • Sakit kepala
  • Lesu keterlaluan
Foto Kredit: KKM

Antara golongan yang berisiko tinggi dijangkiti:

Individu yang mempunyai risiko komplikasi influenza seperti warga emas berumur lebih 65 tahun, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis.

Selain itu, individu yang lemah sistem pertahanan badannya seperti bayi dan kanak-kanak juga berisiko tinggi dijangkiti virus influenza. Segera bawa berjumpa doktor jika anak anda mengalami simptom seperti tidak aktif, kering, jari/lidah berwarna biru dan bernafas dengan laju.

Menerusi laporan Berita Harian, jangkitan influenza ini hanya boleh disahkan melalui sampel cecari hidung (nasal swab).

Namun begitu, keputusan melaluinya kadang-kadang tidak 100 peratus tepat. Jadi untuk dapatkan keputusan paling tepat, anda boleh jalani ujian nasal swab viral PCR (Polymerase Chain Reaction). Ujian ini melalui prosedur makmal genetik yang dilakukan dengan lebih komprehensif.

Kebaikan kunyit hitam

Tuan saya nak tanya sikit. Kalau saya beri anak saya makan kapsul Black G boleh ke? Risau sungguh dengan wabak infuenza A yang semakin menganas ni.

Mengikut kajian saintis Mardi, methoxyflavone yang ada di dalam kunyit hitam boleh membantu menambah ketahanan tubuh badan. Bolehlah kita ambil Black G sebagai usaha untuk mengelak terkena jangkitan virus infuenza A.

Masa makan jangan lupa niat supaya khasiat kunyit hitam yang ada dalam Black G ini dapat memberi ketahanan pada tubuh kita. Semuanya dengan izin ALLAH Kita manusia mesti berusaha.

Prevent is better than cure sebab bila dah sakit belanjanya lagi tinggi untuk merawat.

Harapnya dengan info tentang influenza ini dapat memberi bayangan serba sedikit mengenai virus yang kian menular ini.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...