EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Virus baharu sudah tersebar ke Jepun

8 month ago, 16-Jan-2020

Tokyo: Jepun mengesahkan jangkitan virus baharu coronavirus dari China.

Kementerian Kesihatan Jepun berkata, ia dikesan pada pesakit lelaki berusia 30-an dari Kanagawa, dekat sini.

Lelaki terbabit dikatakan dihjangkiti selepas pulang dari Wuhan di tengah China, lokasi penularan wabak pneumonia berpunca daripada virus berkenaan.

Sehubungan itu, Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan peringatan kesihatan untuk mengembara ke Wuhan.

Antaranya, warga AS diminta supaya tidak bersentuhan dengan binatang, berada di pasar dan berdekatan dengan produk haiwan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran penularan wabak baharu itu.

Virus coronavirus meliputi virus yang menyebabkan selesema sehingga kepada Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Virus sama juga menyebabkan masalah kesihatan lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS).


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...